PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERBADANAN STADIUM MALAYSIA DI KL SPORTS CITY SEMPENA BULAN RAMADAN

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK PERBADANAN STADIUM MALAYSIA DI KL SPORTS CITY SEMPENA BULAN RAMADAN
KUALA LUMPUR, 30 MEI 2018 - Program memasak Bubur Lambuk Stadium #Stadiumkita Perbadanan Stadium Malaysia melalui kerjasama bersama Merci Chef Malaysia, atlet dan bekas atlet Negara telah diadakan di perkarangan Surau Al-Hidayah Kl Sports City.

Program yang berkonsep Corporate Social Responsibility (CSR) ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk datang ke KL Sports City dan juga merapatkan hubungan antara warga PSM dengan atlet, bekas atlet, pengamal media dan komuniti selain merasai sendiri pengalaman menyediakan bubur lambuk yang merupakan juadah yang begitu sinonim pada setiap kali kehadiran bulan Ramadan.

Antara bekas atlet yang hadir untuk sama-sama memeriahkan program memasak bubur lambuk adalah Datuk Malek Noor, Datuk Mirnawan Nawawi, Dato Noorul Ariffin, Datuk Khairudin Buyang, Rosman Alwi, Khalid Ali, Nuraida Ariffin, Afrita Ariani dan Norseela Khalid. Agihan bubur lambuk kepada orang ramai dimulakan pada jam 3.00 petang di sekitar Dataran LRT Bukit Jalil. Sesi agihan ini turut dimeriahkan dengan penglibatan seramai 11 orang atlet dari Majlis Sukan Negara Zulhelmi Zarid, Muhamad Halmi, Muhamad Shafiq atlet berbasikal, Muhamad Solihin, Muhamad Nazreen, Muhamad Syazwan atlet olahraga, Wan Muhamad Syafiq, Wafiq, Mohamad Zin atlet menembak serta Nur Afissa dan Nuramalia Haneesha atlet memanah.

Diharapkan program yang julung kali diadakan ini akan dapat mendekatkan KL Sports City dengan pihak luar di samping mengeratkan hubungan silraturrahim dengan semua pihak yang berkerjasama.

Disediakan oleh : Perbadanan Stadium Malaysia

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18