PROGRAM PENDIDIKAN ASAS REKREASI

PROGRAM PENDIDIKAN ASAS REKREASI
KUALA LUMPUR, 21 JANUARI 2018 - Seramai 17 orang belia Orang Asli dari Kampung Ampang Woh dan Kampung Ayer Denak, Perak telah menyertai program Pendidikan Asas Rekreasi selama 3 hari, bermula pada 19 sehingga 21 Januari 2018. Program ini telah dijalankan di Tapak Perkhemahan Sungai Lopo, Hulu Langat, Selangor.

Program anjuran IYC dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Malaysia (PRIMA) adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu asas rekreasi kepada belia Orang Asli supaya mereka dapat membangunkan komuniti setempat dengan penggunaan sumber sedia ada khususnya di bidang eko-pelancongan. Para peserta juga didedahkan dengan kemahiran tertentu bagi pembangunan sahsiah dan potensi diri. Kemahiran ini diterapkan dalam modul tertentu bagi mempersiapkan peserta sebelum menceburi bidang pelancongan dengan kemahiran yang mereka miliki.

Majlis penutup serta penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Marzuki b. Hashim, Eksekutif Kanan (Program) IYC yang mewakili Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee.

Disediakan oleh : Jadzreill Jaafar – Penolong Eksekutif (Program)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting oleh : Marzuki b. Hashim – Eksekutif Kanan (Program)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18