SAMBUTAN HSN 2017 MERIAH DI SELURUH NEGARA

SAMBUTAN HSN 2017 MERIAH DI SELURUH NEGARA
KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2017- Sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2017) Sabtu 14 Oktober 2017, telah disambut secara meriah seluruh negara dengan majlis pelancaran peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penganjuran HSN 2017 ini adalah penganjuran kali ketiga dengan bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai yang sentiasa membudayakan sukan dalam kehidupan.

Sambutan HSN 2017 akan diadakan setiap tahun pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober sebagai satu inisiatif menjadikan Malaysia sebagai ‘Negara Bersukan’.

Sebanyak 17,000 ribu aktiviti sukan dan riadah untuk HSN 2017 di seluruh negara kepada setiap lapisan masyarakat seperti di Kuala Lumpur acara Larian Fit Malaysia 10 kilometer (KM)/5, berbasikal 10 km/30 km dan larian malam half-marathon dengan penyertaan sebanyak 10,000 peserta.

Kira-kira 100 orang atlet Sukan SEA dan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017) turun padang dalam menjayakan serta memeriahkan HSN 2017 di setiap lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Kemeriahan sambutan HSN 2017 dapat dirasai diseluruh peringkat serta semua lapisan masyarakat di seluruh negara di samping dapat mewujudkan sebuah ‘negara yang terus muda’ bagi mengekalkan tahap daya saing di peringkat antarabangsa.

Oleh : Nurul Atirah Binti Abdullah (Unit Komunikasi Korporat)

nurulatirah557@yahoo.com

Disunting oleh : Hairol Hisham bin Hamdan (Unit Komunikasi Korporat)



FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable