SELAMAT HARI BELIA NEGARA KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BELIA DI MALAYSIA

SELAMAT HARI BELIA NEGARA KEPADA SEMUA PERTUBUHAN BELIA DI MALAYSIA
Sempena Sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini, pertubuhan belia diharap dapat lebih proaktif dan kreatif serta menggunakan pendekatan baharu bagi menarik minat generasi muda untuk berpersatuan. Berpersatuan bukan sahaja dapat membentuk kepimpinan, penglibatan dalam persatuan juga dapat membina dan membentuk keperibadian, jati diri serta membantu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran semasa dan menangani cabaran yang mendatang.

Selari dengan perkembangan semasa hari ini, pertubuhan belia memerlukan satu kerangka pembangunan baharu yang lebih komprehensif dengan matlamat tepat dan bukan sekadar untuk mengurangkan masalah sosial dalam kalangan mereka sahaja, tetapi dapat menyediakan lapisan kepimpinan baharu yang bakal menerajui negara. Peluang ini haruslah digunakan sebaiknya oleh generasi muda untuk bersama-sama menyumbang kepada proses pembinaan negara.

Berteraskan kepada matlamat tersebut, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama NGO belia telah menyediakan platform kepada anak-anak muda ini untuk menyerlahkan potensi diri yang ada pada mereka menerusi aktiviti berteraskan kepimpinan, kesukarelawan dan keusahawan serta lain-lain lagi. Penglibatan dalam aktiviti sebegini akan membantu belia untuk lebih memahami dan mengetahui keadaan sebenar masyarakat pada hari ini.

Dalam hubungan ini, semua pihak perlu turut serta dan mengambil bahagian dengan menyediakan pelbagai ruang dan peluang kepada belia untuk memainkan peranan yang bermakna dalam masyarakat mengikut keperluan serta kemampuan masing-masing.

Sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan untuk mengambil peranan serta tanggungjawab sebagai pemimpin pada masa akan datang, negara akan ketandusan barisan kepimpinan berwibawa yang dapat memainkan peranan di peringkat global.

Disediakan oleh : Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable