KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2018 – Kunjung Hormat sempena Lawatan Pemantauan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) pada 23 Oktober 2018 (Selasa) bertempat di Bilik Lembaga, IYC.

YBhg. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC telah memberi penerangan ringkas tentang program pembangunan belia, fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan di IYC.

Lawatan diadakan bertujuan ingin mengenali IYC dengan lebih dekat serta jaringan hubungan kerjasama di antara Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan IYC dalam penganjuran program pembangunan belia wanita.

Antara yang turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, YBhg. Dato’ Jeyadhevi Subramaniam, Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia-Pasifik dari Filipina, Puan Marybelle Marinas, Ahli Jawatankuasa Serantau Asia-Pasifik, Cik Meghana, Ketua Serantau Asia-Pasifik, Cik Grace Tam, Wakil Majlis Belia Malaysia, Pn. Puteri Balqis Mohd Noor, Naib Presiden Exco Majlis Belia Malaysia, En. Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid, Exco Majlis Belia Malaysia dan Pn. Nor Zakiah Azmi.

Tetamu turut dibawa melawat kemudahan-kemudahan di IYC serta projek Tanaman Bandar IYC.

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Go to top