my gb
IntranetKBS // Webmail
  • Floria Putrajaya 2015
  • aktabelia
  • webtoon
  • Integriti
  • 1met
  • Felo
  • Parlimen Belia

JOM SAMA-SAMA MEMERIAHKAN FESTIVAL MESRA BELIA 1MALAYSIA NEGERI PAHANG 2015

KUANTAN, 12 MEI 2015 ~ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pahang akan menganjurkan Karnival Fiesta Mesra 1Malaysia Peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Mei 2015 bertempat di Dataran Bentong.  

Di antara objektif program berkenaan ialah memberi pengikhtirafan tertinggi kerajaan kepada golongan belia di atas sumbangan mereka kepada pembangunan negera. Di samping itu, ianya adalah untuk menarik pengunjung daripada pelbagai demografi belia menyerlahkan bakat dan potensi diri melalui persembahan bakat “ showcase of talent”.   Karnival yang akan berlangsung ini akan memaparkan kebolehan generasi muda berdasarkan empat segmen utama iaitu Keusahawan dan Kreativiti, Komuniti, Aktif dan Seni dan Sains. Pelbagai aktiviti akan dijalankan mengikut segmen di sepanjang program ini berlangsung.  

Belia-belia di seluruh Negeri Pahang dan sekitar Daerah Bentong khususnya dapat sama-sama menyertai program yang dianjurkan ini dan seterus akan memeriahkan karnival itu nanti.        

Oleh:-
Urus setia Karnival,
Fiesta Mesra Belia 1Malaysia JBSN Pahang  

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Jumpa kami di Festival Belia Putrajaya 2015 pada 22 - 24 Mei 2015, di Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.