my gb
IntranetKBS // Webmail
  • Floria Putrajaya 2015
  • aktabelia
  • webtoon
  • Integriti
  • 1met
  • Felo
  • Parlimen Belia

SUKAN





Objektif

Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, sukan lasak, sukan tradisional di kalangan semua golongan masyarakat ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan imej “Malaysia Cergas”. Memantap, mengiktiraf dan membantu meningkatkan jumlah persatuan-persatuan sukan massa bagi tujuan melahirkan pemimpin-pemimpin, pengurus dan tenaga penggerak Sukan Massa di semua peringkat. Menyediakan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan bagi memberi lebih banyak ruang kepada penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti-aktiviti Sukan Massa. Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak ( Smart Partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan Sukan Massa..

Visi

Merealisasikan konsep “Sukan Massa” melalui perkhidmatan dan pembangunan sukan dengan menganjurkan program pembangunan sukan yang melibatkan penyertaan ramai dari peringkat akar umbi di semua kawasan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada pembangunan Sukan Massa

Misi

Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan. Memantap, mengiktiraf dan menambah persatuan sukan massa bagi melahirkan pemimpin dan penggerak sukan massa di semua peringkat. Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak (smart partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan sukan. Mempopularkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan massa dan penganjuran di peringkat antarabangsa. Memaksimakan penggunaan prasarana dan kemudahan sukan massa bagi memberi lebih banyak peluang penyertaan aktif masyarakat.

Fungsi

  • Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada semua peringkat di bawah konsep ‘Malaysia Cergas’ yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta,                  pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
  • Mengukuhkan program pembangunan sukan massa bagi membina masyarakat yang cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.
  • Memantap program sukan massa agar ianya dapat melibatkan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat akar umbi.
  • Mengupayakan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan supaya dapat menarik minat masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
  • Menyediakan peluang, kemudahan dan prasarana kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam sukan massa serta kepada remaja yang berbakat untuk mendapat latihan spesifik bagi mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan ke arah sukan prestasi tinggi yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara
  • Meningkatkan semangat kesukarelaan dan patriotisma melalui kerja-kerja sukarela bagi memajukan sukan massa
  • Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan sukan massa termasuk pemantauan dan penilaian


Piagam Pelanggan

Keutamaan kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang bersih, cekap, cepat dan tepat dalam suasana mesra dengan penuh komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kami..

Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :

  • Memproses dan meluluskan permohonan bantuan peruntukan projek / aktivit (PK42000) daripada persatuan-persatuan sukan dalam tempoh dua bulan daripada tarikah permohonan lengkap diterima
  • Menyediakan kalender aktivit tahunan selewat-lewatnya pada bulan Februari setiap tahun untuk dilaksanakan di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah..
  • Menyediakan laporan lengkap berkitan dengan perlaksanaan program / aktiviti dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program / aktivit selesai.
  • Menyelesaikan segala dokumen bayaran dan perbelanjaan khusus atau pembelian dalam masa seminggu..
  • Menyebar dan mengeluarkan maklumat borang khusus dalam masa tiga puluh (30) hari mengikut penjadualan.
  • Bersedia memberi bimbingan dan khidmat dalam sebarang aktivit Sukan Massa selaras dengan Dasar Sukan Negara dan wawaan Negara sepanjang tahun.
  • Memaklumkan kepada persatuan / agensi sebulan sebelum sesuatu program dilaksanakan.
  • Merancang, membangunkan dan memantau program-program Sukan Massa setiap tahun.
  • Mengawas dan menyelaras pembangunana kemudahan Sukan Untuk Semua setiap tahun.

Carta Organisasi


Sumber dari : Jabatan Belia Sukan Negara

Dasar Sukan Negara

Penggalakkan dan Pembangunan Sukan
Kecergasan Nasional
Pembangunan Sukan Rekeasi
Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU)

Senarai Kompleks Belia dan Sukan
Perlis
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Perlis :
Gelanggang Badminton (Tertutup) Gelanggang Pentaque
Gelanggang Tenis Gelanggang Bola Jaring (Tertutup)
Gelanggang X-treme Gelanggang Meja Ping Pong
Kompleks Kolam Renang Gimnasium
Bilik Mesyuarat Bilik Gerakan
Kedah
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Kedah :
Gelanggang Petanque Dewan Besar Utama
Gelanggang Badminton/Takraw Gelanggang Futsal
Gelanggang Tenis Gelanggang Bola Keranjang
Gimnasium Ruang Senaman
Wall Climbing Asrama
Surau .
 
Kelantan
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Kelantan :
Bilik Kuliah Bilik Gerakan
Dewan Padang & Trek
Gimnasium Gelanggang Extreme
Gelanggang Badminton Wall Climbing
Surau Gelanggang Tenis
Asrama Kafeteria
Padang Bola Jaring .
 
Terengganu
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Terengganu :
Gelanggang Badminton Bilik Gerakan
Dewan Gelanggang Tenis
Gelanggang Bola Jaring Padang Bola Sepak
Tembok Tiruan Gelanggang Bola Tampar
Surau Blok Asrama
Blok Gimnasium Rakyat Bilik Mesyuarat
Pulau Pinang
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Pulau Pinang :
Boling Padang Bilik Ceramah
Gelanggang Tenis Gelanggang Badminton
Gelanggang Futsal Dewan Gimnasium
Bilik Mesyuarat Wall Climbing
Asrama .
Perak
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Perak :
Bilik Mesyuarat Dewan Besar
Gimnasium Rakyat Wall Climbing
Pusat Latihan Angkat Berat Ruang Senaman
Bilik Seminar Padang Balapan
Gelanggang Badminton/ Takraw dan Bola Tampar Gelanggang Takraw dan Bola Tampar
Gelanggang Tenis Asrama
Pahang
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Pahang :
Bilik Kuliah Kayak
Gelanggang Petanque Gelanggang Tenis
Wall Climbing Gelanggang Takraw
Gelanggang Badminton Dewan Gimnasium
Gelanggang Bola Jaring Gelanggang Badminton
Bilik Mesyuarat .
Kuala Lumpur
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Kuala Lumpur :
Dewan Besar Utama Gelanggang Takraw/Badminton
Gelanggang Tenis Gelanggang Futsal
Gelanggang Bola Jaring Wall Climbing
Trek Balapan Padang Bola Sepak
Kafeteria Bilik Mesyuarat
Asrama .
Negeri Sembilan
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Sembilan :
Gymnasium Rakyat Dewan Besar Utama
Gelanggang Bola Keranjang Padang Bola Jaring
Gelanggang Tenis Asrama
Surau Gelanggang Badminton/Takraw
Wall Climbing Gelanggang Takraw
Gelanggang Petanque Ruang Istirehat
Padang Bola .
Melaka
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Melaka :
Gelanggang Boling Padang Gelanggang Futsal
Gelanggang Takraw Dewan Besar Utama
Gelanggang Takraw/Badminton Bilik Kuliah
Wall Climbing Gimnasium
 
Johor
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Johor :
Gelanggang Silat Tempat Rehat
Boling Padang Pentas
Bilik Mesyuarat Gelanggang Badminton
Dewan Besar Gelanggang Bola Tampar
Pusat Kecergasan Gelanggang Tenis
Tembok Tiruan Gimnasium
 
Sabah
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Sabah :
Makmal Komputer Dewan
Gimnasium Gelanggang Badminton

Gelanggang Bola Jaring (Terbuka)
Gelanggang Badminton (Terbuka)
Bilik Kuliah
Surau
Gelanggang Takraw (Terbuka)
Asrama
Gelanggang Bola Tampar
Wall Climbing
 
Sarawak
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan ' Negeri Sarawak :
Gelanggang Badminton Gimnasium
Gelanggang Bola Keranjang Gelanggang Tenis
Gelanggang Bola Jaring Pondok Rehat

Labuan
Kemudahan Yang Ditawarkan Di ' Kompleks Belia Dan Sukan 'Wilayah Persekkutuan Labuan :
Gelanggang Tenis Gelanggang Badminton
Gelanggang Sepak Takraw Wall Climbing
Kolam Renang Trek
Padang Bola Sepak .

Gelanggang Sukan 1 Malaysia
Direktori Gimnasium 1 Malaysia
E- Bantuan



FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Jumpa kami di Festival Belia Putrajaya 2015 pada 22 - 24 Mei 2015, di Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.