my gb
IntranetKBS // Webmail
  • Salam Aidilfitri
  • Sukan Sea 2017
  • KUBINA
  • aktabelia
  • Sukarelawan Sehati Sejiwa
  • Integriti
  • 1met
  • DEPS
  • Parlimen Belia

INSPIRE i TALENT PERINGKAT BAHAGIAN  SANDAKAN 2015 DAPAT SAMBUTAN PESERTA OKU

SANDAKAN, 9 APRIL 2015, – Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan dibanjiri golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengikuti Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Sandakan 2015 anjuran Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan.

Seramai 43 peserta OKU berkumpul di Dewan Rumah Warga Tua Sri Harapan sewal jam 8.00 pagi untuk menyertai program mengcungkil bakat baharu pesrta OKU untuk menjadi pelapis kepada atlet Paralimpik Malaysia.

Program sehari ini mendapat kerjasama daripada SMK Muhibbah,Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan Pusat Perkhidmatan Dalam Komuniti Seluruh daerah Sandakan.

Program ini merupakan salah satu program yang bertujuan untuk mencari bakat-bakat baharu peserta OKU yang berpotensi sebagai pelapis kepada atlet sedia ada dan juga mengenal pasti peserta yang berpotensi untuk digilap bakat mereka ke sehingga dapat dibawa ke peringkat tertinggi dalam Sukan Paralimpik.

Terdapat lima ujian yang dijalankan disepanjang program tersebut berlangsung iaitu ujian antropometri, ujian ketangkasan, ujian kesimbangan, ujian kuasa eksplosif dan ujian lompat jauh berdiri.

Majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada penguji dan peserta Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Sandakan 2015 disempurnakan Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Sandakan, Munirawaty Undang. Turut hadir, Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Sabah Bahagian Sandakan, Muaadzad Sharom Muhasip serta pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am serta guru-guru dari SMK Muhibah.


Oleh:Andu Suhardy Bin Sarbini ( Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Sandakan

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Terima kasih atas sokongan dan penglibatan anda dalam menjayakan FBP 2015

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.