my gb
IntranetKBS // Webmail

RAGBI CCRC KUKUHKAN NEGARA OIC

Putrajaya, 9 April 2015- Malaysia dipilih menjadi tuan rumah buat kali pertama untuk berentap dalam Kejuaraan Piala Ragbi Cresent (CCRC) di Melaka yang disertai oleh 12 pasukan negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada 1 hingga 14 Jun 2015.


Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Encik Khairy Jamalauddin mengakui pihak kementerian berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada Just On Sport Sdn Bhd dan Persekutuan Sukan Perpaduan Islam (ISSF) kerana menjayakan penganjuran saingan ragbi kali ini.

Beliau berkata, pihak kerajaan menganggap kejohanan ini sebagai platform terbaikdalam mengukuhkan hubungan negara OIC. Penganjuran ini juga diharapkan member faedah kepada pasukan bertanding kerana beraksi menetang pasukan daripada benua lain.

Majlis pelancaran itu disaksikan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Idris Haron serta wakil ISSF yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Faisal Al Nassar.

Kejohanan edisi pertama ini juga diiktiraf World Rugby dan mendapat sokongan penuh daripada Kesatuan Ragbi Asia (ARFU).

Oleh : Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Tokiman (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.">This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting : Adeli Hussin@Drus (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Jumpa kami di Festival Belia Putrajaya 2015 pada 22 - 24 Mei 2015, di Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.