my gb
IntranetKBS // Webmail

KURSUS PEMANTAPAN KOMPETENSI

KOTA TINGGI, 7 APRIL 2015 - Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Kompetensi Pegawai-Pegawai JBSN pada 2 hingga 4 April baru-baru ini di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru, dekat sini. Kursus ini dihadiri seramai 35 pegawai dari Gred 27 hingga 44 yang sedang bertugas di bawah JBSN.


Kursus ini dimuatkan dengan topik-topik seperti Rasuah dan Salah Guna Kuasa, Prosedur Pembayaran, Tuntutan Perjalanan dan Tatacara Perolehan Kerajaan.

Penceramah-penceramah dijemput daripada Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat peguam Negeri Johor dan Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

Majlis penutup disempurnakan Ketua Pengarah JBSN, Datuk Hajah Hatipah Ibrahim. Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Oleh : Nageswary A/P. Thiagarajan ( Jabatan Belia dan Sukan Negara )
nageswary@kbs.gov.my

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Terima kasih atas sokongan dan penglibatan anda dalam menjayakan FBP 2015

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.