my gb
IntranetKBS // Webmail

MALAM PERTAMA FBP 2015 LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA

PUTRAJAYA, 22 MEI 2015 – Kemeriahan di Festival Belia Putrajaya (FBP) 2015 bermula pada hari ini dengan berbagai aktiviti dijalankan. Persembahan dari artis terkenal tanah air seperti Nabil dan Angah Raja Lawak serta Forteen dan Sixthsense sedikit sebanyak mempengaruhi daya tarikan pengunjung. Persembahan yang nyata menghiburkan lebih 500 pengunjung .

Pentas utama yang terletak di zon barat menampilkan kelainan dengan menampilkan artis-artis yang mempunyai pengaruh yang tersendiri di kalangan belia. Pentas utama juga turut dimeriahkan dengan alunan selawat dan gasidah oleh Syed Habib Najmuddin Syed Othman, kumpulan Nasyid In-Team, Ar-Riduani dan Ahli Badari pada malam sebelumnya. Bagi penganjuran ini, ia menyasarkan golongan belia seperti belia bersekolah, belia pengajian tinggi, belia bekerjaya, belia minoriti, golongan belia berisiko, belia antarabangsa dan belia massa dengan sasaran jumlah pengunjung melebihi 1 juta orang.

Festival ini menghimpunkan bakat para belia dari pelbagai bidang, termasuk seni, sastera dan agama. FBP 2015 menjadi tempat bagi golongan belia memberi inspirasi dan dapatkan inspirasi, di samping mewujudkan ruang bagi kerjasama dan mengumpulkan sokongan dalam pengiktirafan usaha para belia.

Oleh :
Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Jumpa kami di Festival Belia Putrajaya 2015 pada 22 - 24 Mei 2015, di Dataran Gemilang, Presint 4 Putrajaya.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.