VOYAGE 344/2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 1/2016 Voyage 344 / 2016 pada 19 Mac hingga 1 April 2016. Program ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.

Sehubungan dengan itu, permohonan penyertaan belia yang berminat untuk mengikuti Program Pelayaran KLD Tunas Samudera ini boleh dibuat berdasarkan syarat-syarat yang berikut:

 

  1. Sihat tubuh badan (tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius);
  2. Berumur 18-30 tahun dan merupakan ahli persatuan belia yang bergiat aktif dalam program pembangunan belia ;
  3. Mendapat pengesahan dari persatuan  yang diwakili ;
  4. Mendapat kelulusan/pengesahan majikan (bagi mereka yang bekerja)
  5. Mengemukakan Borang Permohonan yang telah dilengkapkan dengan sempurna.(Borang yang tidak lengkap tidak akan dilayan)

 

Permohonan  yang lengkap  hendaklah  dihantar  ke alamat  seperti berikut :

SEKRETARIAT  PROGRAM  KLD TUNAS SAMUDERA

Aras 11, Bahagian Pembangunan Belia,

Jabatan Belia dan Sukan Negara,

Kementerian Belia dan Sukan

MALAYSIA

Pusat Pentadbiran  Persekutuan, Presint 4,

62570 Putrajaya.

 

(u.p : En. Muhammad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz)

         Puan Junaine Binti Mohamad

  

Tarikh tutup penyertaan pada  1 Mac 2016 (Selasa).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Encik Muhammad Asyraf Bin Abdul Azias@ Aziz

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel :    03-8871 3300  Fax: 03-8888 8761

 

Puan Junaine Binti Mohamad 

Email :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tel :    03-8871 3528  Fax: 03-8888 8761

 

Encik  Shafie Bin Ahmad Yusoff

Tel: 03-8871 3283      Faks : 03-8888 8761

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 


Klik untuk muat turun BORANG PERMOHONAN PROGRAM KLD TUNAS SAMUDERA VOYAGE 344 /2016 (SKIM BELIA)


Go to top