Bahagian Hubungan Antarabangsa

Maklumat Am | Carta Organisasi

LATAR BELAKANG

Bahagian Hubungan Antarabangsa sebelum ini dikenali sebagai Cawangan Antarabangsa dan diletakkan di bawah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Kewujudan Bahagian Hubungan Antarabangsa adalah bagi memperkukuhkan dan memperluaskan lagi peranan yang dimainkan sebelum ini.

Di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), program / aktiviti yang melibatkan hubungan antarabangsa turut dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Belia; Jabatan Belia dan Sukan Negara (Cawangan Sosial); Majlis Sukan Negara dan Pusat Belia Antarabangsa. Peranan Bahagian ini adalah berbeza daripada peranan Bahagian / Agensi lain di bawah kementerian, yang turut terlibat dalam melaksanakan program / aktiviti antarabangsa. Bahagian Antarabangsa berperanan dalam mencetuskan hubungan kerjasama dengan organisasi antarabangsa dan negara luar agar kerjasama dua hala serta pelbagai hala dalam agenda pembangunan belia dan sukan dapat dipertingkatkan.


VISI

Menerajui aktiviti jalinan hubungan antarabangsa dalam mempertingkatkan pencapaian cemerlang dan pengiktirafan belia dan sukan di peringkat antarabangsa.


MISI

Mempertingkatkan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembangunan belia dan sukan.


OBJEKTIF

  • • Sebagai “focal point” dalam agenda pembangunan belia dan sukan di peringkat antarabangsa.
  • • Menjalin hubungan kerjasama dua hala yang erat dengan negara-negara yang mempunyai wawasan, pemikiran, keupayaan serta hala tujuan yang sama dalam agenda pembangunan belia dan sukan.
  • • Memantapkan hubungan kerjasama dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan di peringkat antarabangsa dalam agenda pembangunan belia dan sukan.
  • • Bekerjasama dengan Kementerian / Agensi Pusat yang berperanan dan bertanggungjawab dalam penyelarasan dan pelaksanaan hubungan antarabangsa khususnya dalam bidang-bidang di bawah pengawasan Kementerian Belia dan Sukan.


FUNGSI


CAWANGAN ASEAN DAN PELBAGAI HALA

1. UNIT ASEAN

  • • Menjadi urusetia dan “focal point” bagi Mesyuarat Menteri-Menteri Belia ASEAN (ASEAN Ministerial Meeting on Youth, AMMY); Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Belia ASEAN (ASEAN Senior Officials Meeting on Youth, SOMY); Mesyuarat Menteri-menteri Sukan ASEAN (ASEAN Ministerial Meeting on Sports, AMMS); dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Sukan ASEAN (Senior Officials Meeting on Sports, SOMS).
  • • Menyediakan nota ikhtisar dan nota percakapan untuk mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri seperti AMMY, SOMY, AMMS, SOMS, ASEAN Summit, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan.
  • • Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan Sekretariat ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN seperti menyediakan draf terma rujukan, draf pelan tindakan, ulasan, komen dan input berkenaan program-program yang berkaitan belia dan sukan di peringkat ASEAN.
  • • Menyelaras penyertaan Malaysia dalam hal-hal berkaitan dengan belia dan sukan di peringkat ASEAN.
  • • Mengkaji, melaksana dan memberi maklumbalas mengenai keputusan persidangan / lembaga kerja / kertas konsep di peringkat ASEAN.
  • • Menyelaras penyertaan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan agensi di bawahnya yang terlibat untuk menghadiri bengkel, kursus, seminar dan mesyuarat di peringkat ASEAN.
  • • Membuat kompilasi laporan-laporan berkaitan mesyuarat, program, dan kursus yang telah dihadiri di peringkat ASEAN.


2. UNIT PELBAGAI HALA

  • • Bertindak sebagai “focal point” dan menyelaras penyertaan Malaysia dalam hal-hal berkaitan dengan belia dan sukan dalam semua pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Komanwel, APEC, OIC dan lain-lain.
  • • Mengkaji, melaksana dan memberi maklumbalas mengenai keputusan persidangan / lembaga kerja / pertubuhan serantau dan antarabangsa.
  • • Menyelaras penyertaan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan agensi terlibat untuk menghadiri bengkel, kursus, seminar dan mesyuarat di peringkat antarabangsa.
  • • Membuat kompilasi laporan-laporan berkaitan hal ehwal antarabangsa.
  • • Menyediakan nota ikhtisar dan nota percakapan untuk mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri di peringkat antarabangsa.


CAWANGAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

1. UNIT HUBUNGAN DUA HALA

  • • Menyelaras program lawatan kerja / mesyuarat / persidangan untuk Y.B. Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan di luar Negara.
  • • Menyediakan kertas kerja yang komprehensif berhubung dengan agenda yang melibatkan hubungan dua hala.
  • • Menyelaras penglibatan KBS dalam program-program belia dan sukan di peringkat antarabangsa.
  • • Mengenalpasti program dan aktiviti jangka panjang / pendek dalam hal belia dan sukan dalam pertubuhan serantau dan di peringkat antarabangsa yang bermanfaat kepada Malaysia.
  • • Menyelaras penyertaan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan agensi menghadiri bengkel, kursus, seminar dan mesyuarat di peringkat antarabangsa.
  • • Menyelaras penyediaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Negara yang melibatkan pembangunan belia dan sukan.


2. UNIT PERHUBUNGAN ANTARA AGENSI

  • • Menyelaras peranan Bahagian Hubungan Antarabangsa dengan agensi-agensi seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan sebagainya.
  • • Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan program-program yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa yang memerlukan penyelarasan.
  • • Menyediakan maklumat / ulasan / nota ikhtisar / nota percakapan / nota terma rujukan mengikut keperluan dan permintaan agensi-agensi serta Kementerian berkaian.
  • • Menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran, kewangan dan pembangunan sumber manusia bahagian.
  • • Menyelaras penyediaan taklimat dan program bagi lawatan dan kunjungan delegasi Negara luar ke Kementerian Belia dan Sukan.
  • • Menyelaras dan memantau program / bengkel / persidangan anjuran agensi-agensi di bawah kementerian seperti MSN, ISN, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan lain-lain dalam bidang pembangunan belia dan sukan di peringkat dasar dan polisi.
  • • Menyelaras pelaksanaan program-program belia dan sukan antarabangsa oleh Kementerian dan agensi-agensi.

 


Tarikh Kemaskini: 15 Januari 2013

Sumber: Bhg. Hubungan Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan

FIT MALAYSIA

 
Everything begins with health. All your dreams, ambitions and desires need a foundation of good health to come to life.

29th SEA GAMES
9th PARA ASEAN GAMES

See You At Kuala Lumpur SEA Games 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

National Sport Day

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable