FORUM INDUSTRI SUKAN "ERA SUKAN PROFESIONAL...BERSEDIAKAH KITA?"

Jumaat, 17 Februari 2012 15:08 UKK
Cetak PDF

 

 

 

FORUM INDUSTRI SUKAN

“ERA SUKAN PROFESIONAL...BERSEDIAKAH KITA?”

Oleh: Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat,KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

KUALA  LUMPUR, 16 FEBRUARI 2012 – Sempena Tahun Industri Sukan 2012, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Fakluti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dan Astro Arena telah membawakan satu Forum Indsutri Sukan bertajuk “Era Sukan Profesional...Bersediakah kita?”, bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, UM Kuala Lumpur.

 

Forum tersebut telah membincangkan dan mengupas pelbagai isu dan agenda berkaitan pembangunan sukan negara yang sememangnya telah memberi impak kepada perkembangan Industri Sukan Negara.

 

 

Forum tersebut telah membariskan beberapa tokoh sukan dan sejarah tanah air yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim(Pakar Sejarah Negara), Encik Suhardi Alias (Majlis Sukan Negara), Encik Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Super League) dan Encik Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (Universiti Malaya).

 

 

Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, Industri Sukan Negara masih lagi belum mencapai tahap profesional jika dibandingkan dengan zaman sekitar 1940-an sehingga 1960-an, atlet negara termasuk jurulatih tetap menghasilkan kejayaan cemerlang untuk negara walaupun mereka tidak dibayar elauan.

 

Encik Stuart Ramalingam berkata, usaha negara untuk menjadikan sukan satu industri akan mengambil masa yang lama jika pemikiran rakyat negara ini masih tidak berubah. Contohnya, Jika dilihat pada sokongan dan kehadiran peminat bola sepak ke stadium pada masa kini, kita jangkakan akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk mengembangkan industri sukan negara terutamanya dalam sukan bola sepak itu sendiri.

      

Forum tersebut yang dirakamkan oleh pihak Astro akan disiarkan pada bulan Mac 2012 di saluran 801 Astro Arena.

 

 

                         Disunting oleh:

Lizza Imelia M. Sulanah ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

imelia@kbs.gov.my

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2012
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm