362 PELAJAR IKBN KINARUT JAYAKAN KEMPEN DERMA DARAH

Isnin, 20 Februari 2012 16:28 UKK
Cetak PDF

362 PELAJAR IKBN KINARUT JAYAKAN KEMPEN DERMA DARAH 

Oleh : Dayangku Rahimah Pangeran Hassan  IKBN Kinarut )

KINARUT, 16 FEBRUARI 2012 -  Walaupun akhirnya cuma 100 pelajar sahaja terpilih untuk menderma darah di Program Kempen Derma Darah anjuran bersama  Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) Kinarut dan  tabung darah Hospital Kota Kinabalu yang diadakan di  Dewan Limau-limauan di sini, namun semangat seramai 362 pelajar yang gagal berbuat demikian setelah melalui saringan tetap membara untuk berbakti kepada rakyat dan negara.

 

Kempen yang  diantara lain bertujuan untuk membantu keperluan  bekalan darah bagi Hospital Kota Kinabalu disamping mendedahkan peserta kepada kerja-kerja berbentuk kebajikan.

 

 Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, En. Azmi Ibrahim ketika di temui berkata, “ Program ini diadakan adalah sebagai tanda sokongan warga IKBN Kinarut terhadap kempen derma darah yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menampung masalah kekurangan darah dalam tabung hospital kerajaan di samping dapat membantu mereka yang memerlukan”.

 

“Seramai 362 orang pelajar hadir mengikut jadual yang telah disusun oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan selepas saringan ujian derma darah, hanya 100 orang sahaja yang layak dan telah menderma darah dalam program kali ini”.

 

Program ini diadakan pada setiap enam bulan sekali dan  program  kedua nanti  dijadual akan dilaksanakan pada  Julai hingga Disember 2012 nanti.

 

Jurucakap hospital yang ditemui memberitahu bahawa antara kebaikan menderma darah ini ialah seseorang individu akan mengalami pengurangan paras ' iron ' dalam darah, yang mana ia  adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh.  Jika seseorang menderma darah sekurang-kurangnya sekali setahun, individu tersebut akan mengalami penurunan  'iron ' dan ini akan mengurangkan risiko serangan jantung.

 

Hadir sama   Ketua Unit Pengurusan, En. Saldi Maruji, Ketua-Ketua Sekolah, pegawai dan kakitangan dari Bahagian Kemahiran serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunukasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2012
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm