PENDUDUK BALING TERUJA NANTIKAN “JELAJAH HARI BELIA NEGARA 2012@BALING”

Rabu, 22 Februari 2012 16:35 UKK
Cetak PDF

 

 

 

PENDUDUK BALING TERUJA NANTIKAN

“JELAJAH HARI BELIA NEGARA 2012@BALING”

 

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

BALING, 18 FEBRUARI 2012 - Selepas Miri dan Brunei Darussalam, Jelajah Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) diteruskan dengan mempromosikan Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya – Mei 2012  ke Baling, Kedah.

 

Program  yang dijadualkan pada 15 Mac 2012 bersamaan hari Khamis bakal  melibatkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling, Penduduk Kg. Kemangi dan Persatuan Belia 4B Cawangan Kg. Sri Kemangi, Baling, Kedah.

 

Selain penduduk kampung dan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Belia, Mesyuarat Penyelarasan Jelajah HBN 2012@Baling dimeriahkan lagi dengan kehadiran JK Media dan Promosi Hari Belia Negara 2012 yang diketuai oleh Encik Wan Ramli Wan Daud, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa tersebut.

 

Menurut, Encik Mat Ali b. Mat Isa, selaku Pengerusi JKKP Kg. Sri Kemangi, beliau dan penduduk kampung menanti kehadiran Jelajah Hari Belia Negara 2012@Baling sepertimana yang dijadualkan dengan penuh debaran dan tidak sabar-sabar untuk melaksanakan program yang telah dirancang.

 

 Turut serta dalam mesyuarat ini adalah   Y.Bhg Dato' Mustafa Hj. Saman, Timbalan Ketua Audit Negara yang merupakan anak jati Kg. Kemangi, Baling, Kedah dan YB Tuan Azmi Che Hussein, ADUN  Kawasan Bayu.

 

Encik Wan Ramli Wan Daud, Pengerusi JK Pomosi HBN 2012 berkata, beliau sangat teruja untuk berkolaborasi dengan Persatuan Belia 4B cawangan ini bagi merealisasikan Promosi HBN2012. Beliau berharap agar hasrat YB Menteri Belia Dan Sukan Untuk membawa nama HBN2012 ke seluruh pelosok negara tercapai.

 

Selain sukaneka, antara program yang akan diadakan sempena Jelajah HBN2012@Baling ini adalah aktiviti bekwah, Majlis Penutup Program Mesra Rakyat dan Mesra Alam, persembahan kebudayaan dan persembahan pentas. Mereka yang berada di sekitar Baling, Kedah dijemput untuk turut serta dalam  program tersebut  pada 15 Mac 2012.

 

 

Disunting oleh : Sabran Abd. Bahar, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2012
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm