
KEMBALIKAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK TUJUH SEBELAH
Disediakan :Ali Noor Redza B. Ali Noor Radzi (Unit KomunikasiKorporat KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 8 FEBUARI 2012 – “Kembalikan kegemilangan bola sepak tujuh sebelah yang pernah pada masa ketika dahulu menjadi satu sukan yang sangat popular di kampung-kampung ”, kata Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim ketika merasmikan Fiesta Bola Sepak Tujuh (7) Sebelah 1 Malaysia di Lobi Menara Kementeerian Belia dan Sukan (KBS ) di sini petang ini.
Katanya, walaupun sukan sebegini tidak diiktiraf oleh badan induk bola sepak antarabangsa (FIFA) ataupun tempatan (FAM), namun ia pernah menjadi satu sukan yang disukai ramai terutamanya di kampung-kampung mahupun di kawasan-kawasan ladang kerana ianya murah dan boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengikut had umur.
“Bolasepak tujuh sebelah ini juga merupakan sukan yang tidak memerlukan kos yang tinggi dengan hanya tujuh orang pemain serta tidak memerlukan sebuah padang bolasepak yang tidak begitu besar ,“ ujarnya lagi.
Pada majlis pelancaran tersebut, beliau telah merasmikan penganjuran jelajah pertandingan bolasepak tujuh sebelah yang akan bermula pada 26 Febuari 2012 bertempat di Stadium Mini Kuala Pilah Negeri Sembilan dan peringkat akhir akan diadakan di Putrajaya.
Sebanyak 64 pasukan di setiap negeri akan menyertai di dalam pertandingan ini. Penyertaan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia tanpa had umur. Pemenang akan membawa pulang wang tunai serta hadiah-hadiah iringan lain bagi peringkat negeri dan kebangsaan.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM150 bagi setiap pasukan. Pertandingan ini bakal mencetuskan pemain-pemain yang akhirnya boleh diketengahkan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Beberapa syarikat berjenama seperti Kappa, 100Plus, FIGOS, ZRICH dan VOSLUBE menjadi penaja bersama kejohanan sulung ini.
Dato’ Razali juga berkata, “pertandingan sebegini rupa akan menggalakkan rakyat untuk menyertai pertandingan yang sihat ini untuk bersukan dan menunjukan bakat yang terpendam bagi meraih gelaran Raja Bola Sepak Tujuh (7) Sebelah Malaysia”. Selain itu, fiesta ini akan dijalankan secara kalah mati dan terbuka kepada semua pasukan yang berminat.
Penyertaan di peringkat negeri masih lagi terbuka dan orang ramai yang berminat dipelawa untuk menyertai dan mendaftar dengan segera kerana penyertaan adalah terhad.
Kepada pasukan yang berminat untuk menyertai Fiesta ini dan mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 016-9178709/017-3566017.
Disunting : Razali Haji Mohamed yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2012
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0