

PELUANG MEWAKILI KBS DALAM SUKAN PERAHU PANJANG
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 22 FEBRUARI 2012 - Warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berminat adalah dipelawa untuk menyertai pasukan perahu panjang dalam usaha mengetengahkan bakat-bakat sedia ada di dalam acara sukan air itu.
Langkah KBS ini sebagai persediaan Kementerian ini untuk menyediakan pasukan perahu panjangnya sendiri bagi menggalakkan warga kerjanya bersukan disamping sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kejohanan perahu panjang.
Menurut sumber Kelab Kebajikan dan Sukan KBS, warga kementerian ini adalah dipelawa untuk menyertai pasukan perahu panjang yang mengadakan latihan setiap Selasa dan khamis mulai jam 5.00 hingga 7.00 petang bertempat di Pusat Rekreasi Air, Presint 5 , Putrajaya.
KBS turut menyertai beberapa pertandingan perahu panjang di peringkat Putrajaya dan terbaharu ketika berlangsungnya Monsoon Cup di Terengganu akhir tahun lalu.
Menurutnya lagi, bakat-bakat muda akan diketengahkan melalui sukan ini bagi menambah jumlah keahlian bagi menghadapi sebarang kejohanan kelak. Mereka yang berminat boleh menghubungi Encik Zainuddin Hassan, Bahagian Pembangunan Sukan KBS di talian 03-88713156.
Disunting oleh : Idris bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2012
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0