KURSUS KEPIMPINAN WANITA LESTARI

Selasa, 12 Jun 2012 08:32 UKK
Cetak PDF

 

 

 

 

KURSUS KEPIMPINAN WANITA LESTARI

Disediakan oleh : Musyrifah binti Elias/ S. Radha

 


9 JUN 2012, LANGKAWI -   Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS)   telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Wanita Lestari selama 3 hari 2 malam di sini, hari ini.


Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang turut dihadiri oleh Pengerusi Puspanita KBS iaitu Y.Bhg. Datin Abidah binti Sani. Antara pengisian kursus tersebut adalah  pendedahan mengenai corak kepimpinan dan komunikasi yang berkesan. Selain itu, elemen team building juga diberi penekanan memandangkan ianya menjadi salah satu teras dalam kepimpinan.


Majlis Penutup telah disempurnakan  oleh Ketua Setiausaha KBS, Y.Bhg. Dato’ Mohid bin Mohamed. Turut hadir  Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis wakil daripada  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Langkawi.


Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm