KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC-UTUSAN 2012

Selasa, 12 Jun 2012 08:54 UKK
Cetak PDF

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KFC-UTUSAN 2012 

Oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya  

 

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2012 – Utusan Melayu (Malaysia) Berhad melalui akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama KFC Holdings (Malaysia) Berhad berkolaborasi buat tahun ketiga menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2012 yang  bermula  Jun hingga Oktober ini.

 

            Masih mengekalkan format yang sama di mana kejohanan akan berlansung di empat zon terpilih bermula di Johor Bahru bagi Zon Selatan diikuti Zon Utara di Alor Setar, Kedah. Seterusnya bergerak ke Zon Timur di Kuala Terengganu, Terengganu dan lokasi terakhir di Seremban, Negeri Sembilan.

 

            Kejohanan ini terbuka kepada empat  kategori iaitu Lelaki Terbuka IPTA / IPTS, Lelaki Bawah  20 tahun, Lelaki Bawah 16 tahun dan Lelaki Bawah 12 tahun.

 

            Pelancaran majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan,  Dato’ Razali Haji Ibrahim bertempat di Pusat Beli Belah 1 Utama, Petaling Jaya, dekat sini hari ini. Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Utusan merangkap Penasihat Bersama Kejohanan, Datuk Mohd Nasir Ali, Pengarah Eksekutif KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Tuan Sheik Sharufuddin Sheik Mohd, dan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Dato’ Haji Ahmad Ismail.

 

            Kejohanan ini menjadi medium untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi besar di dalam bidang ini selain memartabatkan kembali sukan tradisional yang pernah popular satu ketika dahulu disamping mengembalikan kegemilangan kejohanan ini yang pernah dianjurkan oleh akhbar Utusan Malaysia sekitar tahun 80-an dahulu.

 

            Dato’ Razali berkata, “kategori bawah 12 tahun yang baharu diperkenalkan adalah sangat bersesuaian untuk memupuk kemahiran dan pengalaman sejak dari usia yang begitu muda sebagai persediaan untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi suatu ketika nanti.”

 

            Kejohanan kali ke-3 ini turut mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia selain sokongan berterusan daripada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang bertindak sebagai penasihat teknikal.

 

Disunting: Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm