
FESTIVAL BHARATHANATYAM KETENGAHKAN
SENI TARIAN TRADISIONAL
Oleh : Siti Nooratikah Harun ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KUALA LUMPUR, 1 JUN 2012 : “ Kita tidak perlu lagi ke luar negara untuk melihat seni tari klasik India kerana kini sudah ada di Malaysia ”, ujar Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam ucapannya di Majlis Perasmian Festival Bharathanatyam yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 Jun ini.
“Bharanathanatyam ini bakal menjadi satu komponen kepada Festival Belia Putrajaya pada tahun akan datang kerana ia dilihat sebagai satu medium belia-belia India mencurahkan bakat serta minat yang mendalam terhadap tarian klasik India ini”, tambahnya.
Menurutnya, pada Festival Belia Putrajaya yang diadakan pada tahun hadapan bakal menyaksikan pelbagai tarian klasik daripada Melayu, Cina dan India melalui Barathanatyam sekaligus dapat mempamerkan Gagasan 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Barathanatyam merupakan tarian klasik India yang wujud sejak 1000 tahun lalu di India, ia adalah satu tarian yang memerlukan disiplin yang kuat, fokus, daya tahan, ketangkasan serta koordinasi yang tepat dalam setiap gerak geri tarian.
Tarian yang unik ini sangat popular di Selatan India yang kini mula bergerak aktif di Malaysia yang kini sudah menjangkau ke tahun keempat. Persatuan Barathanatyam ini mula diperkenalkan sejak tahun 2007 yang telah membawa semua sekolah tarian dibawah satu payung iaitu Persatuan Tarian Barathanatyam Malaysia.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0