
KBS PAMERKAN KEMUDAHAN GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA DI JELAJAH JANJI DITEPATI
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KULIM, 8 JUN 2012 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia(KBS) telah turut sama dalam pameran program Jelajah Janji Ditepati bertempat di Taman Teknologi Tinggi Kulim bagi bersama menyokong meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar kerajaan, terutama program transformasi pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial.
Program sehari tersebut yang disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah dihadiri seramai 30,000 pengunjung. Sebanyak 25 agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan turut sama dalam program ini.
Menurut Perdana Menteri, walaupun tempoh pentadbiran di bawah kepimpinannya hanya berusia tiga tahun, pelbagai program dalam transformasi kerajaan telah berjaya dilaksanakan bagi memberi kemudahan yang lebih baik kepada rakyat.
KBS dalam jelajah tersebut telah mengetengahkan kemudahan Gelanggang Futsal 1Malaysia yang telah dibina di seluruh negara sejak tahun 2010 lagi. Di Kedah, kementerian telah meluluskan pembinaan sebanyak 23 gelanggang Futsal 1Malaysia. Terkini, 20 gelanggang telah siap dibina, dua gelanggang dalam pembinaan dan satu dalam peringkat sebutharga.
Seramai lima ribu pengunjung telah membanjiri khemah pameran KBS bagi mendapatkan info-info berkaitan gelanggang Futsal 1Malaysia. Selain itu, bagi mendapatkan tarikan yang menyeluruh dari pengunjung yang hadir, KBS turut mengadakan permainan mari mencuba futsal, teka perkataan, permainan boling dan kuiz berkaitan sukan futsal di Malaysia. Rata-rata pengunjung yang hadir gembira dengan perkhidmatan yang disediakan oleh KBS sepanjang program tersebut. Cenderamata khas dari KBS juga disediakan untuk pengunjung yang bertuah.
Program Jelajah Janji Ditepati KBS tersebut telah diketuai oleh Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Dato’ Azhar Mohamed Isa. Lain-lain bahagian yang terlibat ialah Bahagian Pembangunan Sukan, Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Pembangunan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Disunting : Idris b. Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0