
EVOLUSI LEBIH BAIK DARI REVOLUSI – YAB PERDANA MENTERI
Disediakan oleh :
Mahanum Fauzi (Bahagian Pembangunan Belia)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
9 Jun 2012, Shah Alam - YAB Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa jika golongan belia negara hendak melakukan perubahan, caranya adalah evolusi lebih baik dari revolusi semasa ucapan beliau ketika merasmikan Himpunan Evolusi Kelab Najib Razak (KNR) 4B Malaysia dan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-36 di I-City, Shah Alam.
Himpunan ini telah dihadiri oleh lebih 12,000 orang ahli Gerakan Belia 4B Malaysia dari seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Dalam ucapan aluan Presiden Gerakan 4B Malaysia, Saudara Mua'amar Ghadafi Datuk Wira Hj Jamaludin, belia 4B Malaysia telah melaksanakan bukan sahaja evolusi fizikal malah evolusi minda, roh dan juga ekonomi dalam memastikan transformasi belia glokal kepada belia global.
Himpunan ini juga turut dihadiri oleh YB Dato’ Sri Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Noh bin Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Presiden Alumni 4B Malaysia, YAB Datuk Seri Haji Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Presiden Alumni 4B Malaysia dan Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia.
Menurut YAB Perdana Menteri, kerajaan sentiasa menyedari aspirasi dan kehendak generasi muda terhadap peluang pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan peluang menzahirkan kreativiti mereka. Kerajaan juga sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif dan perubahan dasar dalam memenuhi aspirasi golongan muda. Justeru itu, Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang baru-baru ini merupakan salah satu bukti keprihatinan kerajaan. Belia juga turut memuji Kementerian Belia dan Sukan kerana berjaya melaksanakan Himpunan tersebut dengan aman dan merupakan satu sejarah Negara sebagai Himpunan Belia yang terbesar pernah diadakan.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0