
Y CENTRE BAKAL MENJADI TARIKAN DI PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC), MELAKA
Oleh : Halina Yahaya ( Bahagian Dasar & Strategik KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
MELAKA, 12 JUN 2012 - Majlis Pra-Pelancaran Pusat Transformasi Bandar atau Urban Transformation Centre (UTC) pertama negara di Jalan Hang Tuah di sini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Haji Mohd. Rustam bersama Menteri Kewangan II Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dalam suasana yang bersejarah pada hari ini.
Sebanyak 70 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan berkonsepkan Pusat Sehenti atau ‘One-Stop Centre’ kepada orang ramai di sini mula beroperasi hari ini. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah bidang kesihatan, keselamatan, pendidikan, latihan serta pekerjaan, kewangan dan pembangunan belia yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan Y Centre di aras 8, Bangunan UTC itu dengan menyediakan kemudahan seperti Pusat Kecergasan (Fitness Centre) yang turut dilengkapi dengan Studio Aerobik/Tarian, Permainan Dalaman (Indoor Games) serta bilik persalinan lelaki dan wanita.
Sementara itu, para pengunjung Y Centre boleh membuat capaian terus ke laman sesawang KBS, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Pendaftaran e-Belia, Virtual Youth Resource Centre (VyREC), 1 Malaysia 4 Youth (1M4U) dan sebagainya di Pusat Maklumat Belia (Info Centre) yang turut ditempatkan di sini. Info Centre ini turut mempunyai ruang perbincangan dan perjumpaan bagi kegunaan belia-belia yang mengunjungi pusat itu serta kemudahan WiFi dan Internet.
Di samping itu, Pusat Maklumat 1M4U turut menyediakan di Info Centre ini sebagai rujukan bagi golongan belia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kesukarelaan secara aktif.
Y Centre UTC Melaka dijangka akan menarik minat orang ramai khususnya golongan belia dan penggemar aktiviti kecergasan di Melaka. Pelancaran rasmi UTC berkenaan akan disempurnakan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji. Abdul Razak pada 23 Jun nanti.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0