
JAUHKAN SIFAT “ DURI DALAM DAGING ”
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 14 JUN 2012 – “ Tanamkan sifat kekeluargaan dan semangat bekerja bagaikan satu pasukan. Jangan jadikan diri kita ibarat “duri dalam daging” sehingga merosakkan seluruh kejayaan pasukan itu. Musuh kita yang harus ditakuti ialah musuh dari dalam dan bukannya dari luar kerana ia boleh menjatuhkan pasukan itu pada bila-bila masa sahaja.”
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, setiap warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS perlu mempunyai satu semangat kerjasama dan saling bantu membantu dan bukannya sentiasa mencari kesalahan orang lain sehingga menutup segala kebaikan yang selama ini banyak dilakukan.
Katanya, Ketua Setiausaha KBS telah diminta supaya memberi perhatian serius tentang perkara ini supaya KBS tidak turut dianggotai orang-orang yang tidak mempunyai semangat kekitaan dan setia pada pasukan. Beliau mahukan warga KBS menjadikan nasib pasukan negara yang cuma mampu seri dengan Singapura dalam perlawanan persahabatan di negara itu baru –baru ini walaupun pada suatu ketika pasukan negara mendahului dengan kelebihan dua jaringan. Keputusan seri ini terhasil apabila pemain negara mula kecewa dan menyerah kalah disebabkan beberapa keputusan kontrovesi oleh pengadil dari Hong Kong tanpa adanya pemimpin yang bangkit untuk bertindak mengembalikan keyakinan dan keazaman mereka untuk memenangi perlawanan itu.
Dato’ Sri Ahmad Shabery juga memuji kejayaan KBS apabila mendapat sijil kepujian dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) apabila berjaya muncul tempat pertama dari semua Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mencatatkan peratus pengisian sebanyak 99.10 peratus untuk pengisian maklumat perisytiharaan harta dan 78.74 peratus bagi pengemaskinian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang membolehkan KBS menduduki tempat pertama mengatasi semua Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Katanya, kejayaan KBS menduduki tempat ketiga keseluruhan kementerian dengan mencapai 41.7 peratus atau RM98.6 juta berbanding RM97.2 juta sebagaimana yang diunjurkan dalam prestasi pembangunan sehingga 8 Jun lalu juga memberikan semangat dan motivasi baharu buat kementerian ini. Pencapaian ini turut melebihi Purata Nasional sebanyak 31.5 peratus.
Apa yang membanggakan katanya, kejayaan KBS ini mendapat sijil penghargaan dari KPPA atas pencapaian bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS bagi tahun 2011 dengan skor Sangat Melepasi Sasaran (Significantly Exceed Target – ST).
Perhimpunan Mesra Bulanan Jun dihoskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Beliau mahukan usaha MSN ini dicontohi kerana terlalu meneliti sesuatu tindakan itu sehinggakan sukar untuk mencari kelemahan atau kesalahan semasa penganjuran itu. KSU telah diminta agar mengadakan pertandingan setiap bahagian atau agensi yang menjadi hos setiap bulan bagi membolehkan penganjuran majlis perhimpunan ini mendapat sambutan dan memberi impak yang baik kepada warga kerja KBS.
Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0