
10 RESOLUSI GENERASI MUDA DI KONVENSYEN BELIA NEGARA 1 MALAYSIA 2012
Disediakan oleh : Mahanum Fauzi (Bahagian Pembangunan Belia)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
15 JUN 2012, PUTRAJAYA – Konvensyen Belia Negara 1 Malaysia 2012 yang bertemakan “Menyalakan Obor Karisma Pemimpin Muda” telah dilaksanakan sempena dengan Himpunan Jutaan Belia di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 24 Mei 2012 yang lalu. Konvensyen ini dilaksanakan pada setiap tahun bertujuan untuk membuka minda pemimpin muda agar lebih terbuka, kreatif, kritis dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif.
Pada tahun ini, konvensyen ini dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan sebagai satu cara untuk merealisasikan hasrat dan peranan belia serta memastikan pemimpin muda dan belia Malaysia di seluruh negara bersatu sekaligus bersama-sama kepimpinan Negara merealisasikan agenda transformasi Negara dalam konteks pembangunan belia. YB Dato’ Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah hadir merasmikan majlis penutup konvensyen dan menerima 10 Resolusi dari peserta konvensyen bagi pihak kerajaan Malaysia.
10 Resolusi yang perlu diteliti dan diberi perhatian untuk diambil tindakan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan hasil dari Konvensyen ini adalah:
1. Penghakupayaan dan penyertaan golongan belia harus diperkasakan di setiap peringkat khususnya dalam jawatankuasa pihak berkuasa tempatan serta jawatan kuasa keselamatan dan kemajuan kampung.
2. Belia Malaysia perlu diperkuatkan dari aspek jatidiri dan menghormati perlembagaan Persekutuan dan jangan terpedaya dengan budaya yang merosakkan imej negara.
3. Belia Malaysia perlu mengamalkan budaya berprestasi tinggi dalam kepimpinan selain mempunyai sifat kesederhanaan, toleransi dan integerasi selaras dengan konsep 1 Malaysia.
4. Belia Malaysia harus berfikiran secara kreatif dan inovatif serta membentuk idealisme yang radikal tetapi rasional untuk memimpin negara pada masa hadapan.
5. Belia Malaysia perlu mengamalkan demokrasi dalam kepimpinan serta adil dan bijaksana untuk membuat keputusan dan pernilaian terhadap sesuatu isu. Pemimpin Pertubuhan belia harus turun ke akar umbi untuk mengalakkan golongan belia berpersatuan .
6. Kerajaan perlu memberi pengiftirafan sewajarnya kepada golongan belia selaras dengan sumbangan yang telah dicurahkan oleh belia dalam menyokong usaha pembangunan negara.
7. Belia Malaysia perlu mempersiapkan diri dan minda untuk menghadapi arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan dengan keterlibatan dan mewujudkan jaringan antarabangsa.
8. Pertubuhan Belia harus mempunyai sifat non-partisan untuk memperkasakan lagi perjuangan belia agar lebih releven .
9. Kementerian Belia dan Sukan agar bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengajian Tinggi disarankan agar mendekati golongan mahasiswa kampus kerana mereka adalah bakal pemimpin belia apabila bergraduasi nanti .
10. Golongan Belia harus mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi dalam membantu masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan warna kulit .
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0