
ENGAGEMENT, PARTICIPATION DAN EMPOWERMENT ADALAH KONSEP ASAS
MENDEKATI BELIA DALAM HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 DI PUTRAJAYA – MENTERI BELIA DAN SUKAN
Disediakan oleh : Mahanum Fauzi (Bahagian Pembangunan Belia)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
11 JUN 2012, KUALA LUMPUR – Dalam menjawab soalan lisan Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung mengenai Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru-baru ini, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan menyatakan bahawa terdapat beberapa aspek penting dalam pelaksanaan program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya bagi mematuhi beberapa konsep asas dalam mendekati belia dan generasi muda.
Perkara pertama adalah berkaitan dengan soal engagement iaitu mendekati manakala keduanya adalah dari segi participation ataupun penglibatan. Akhir sekali, yang ketiga adalah dari segi empowerment ataupun memperkasa golongan belia itu sendiri. Perkara ini dapat dilihat bahawa kerajaan mendekati belia dengan jumlah yang begitu besar sekali melibatkan jutaan belia melalui lebih 530 acara yang telah dilaksanakan berdasarkan kepada 38 segmen. Terdapat pelbagai segmen yang menawarkan pelbagai program, aktiviti dan acara seperti modal insane, kerohanian, soal pekerjaan soal yang berkaitan dengan sukan dan pelbagai lagi dimana bukti paling penting sekali dalam memperkasakan belia.
Menurut beliau, tidak ada Negara dalam dunia yang sanggup memberikan kota pentadbiran mereka di mana dalam konteks Negara kita, kota pentadbiran kita ialah Putrajaya mengizinkan golongan belia Negara melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan suasana yang terkawal. Selain itu juga, untuk belia menunjukkan kreativiti mereka, tenaga mereka, kebijaksanaan mereka dan disampaikan dengan begitu baik sekali.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0