
PENUBUHAN JAWATANKUASA THINK TANK USAHA IPPBM KE ARAH MEMARTABATKAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA DI MALAYSIA
Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Putrajaya, 29 Mei 2012 –Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Think Tank halatuju IPPBM 2012 bersama ahli-ahli akademik dan pemimpin muda.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menambah idea-idea dan pandangan serta ruang perkongsian maklumat dalam memberi pendapat mengenai halatuju Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan berpandukan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional.
Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam itu membincangkan hal-hal berkaitan penubuhan jawatankuasa Think Tank dan juga terma rujukan Think Tank (TOR). Jawatankuasa pemandu IPPBM ini terdiri daripada ahli akademik tempatan yang pakar dalam pelbagai bidang yang dibahagikan mengikut 6 kluster iaitu Agama dan Hubungan Etnik, Psikologi dan Pembangunan Sosial (Kesihatan/Rekreasi), Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Sumber Belia, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Kepenggunaan dan Kesejahteraan Ekonomi (Industri Sukan) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Selain ahli akademik, jawatankuasa ini juga terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, wakil dari golongan muda serta pihak NGO iaitu dari Persatuan Pemikir Muda dan juga wakil dari Majlis Belia Malaysia.
Diharapkan dengan tertubuhnya Jawatankuasa Think Tank ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada ahli-ahli pemikir bagi berkongsi pandangan dan idea mengenai halatuju IPPBM selaras dengan hasrat menjadikan IPPBM sebuah institut penyelidikan belia yang ungul di masa akan datang.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0