
BOOTH KBS TERUS JADI TUMPUAN PENGUNJUNG
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KAMUNTING, 17 JUN 2012 – Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) sentiasa menepati janjinya apabila memberikan persembahan yang menarik untuk memikat pengunjung-pengunjung yang menghadiri Program Jelalah Janji Di Tepati (JJD) yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC ) di Kamunting Jaya, di sini hari ini.
Kehadiran pengunjung sejak booth dibuka seawal jam 8.00 pagi menyaksikan mereka tidak putus-putus untuk mencuba beberapa permainan interaktif yang disediakan seperti menyepak bola ke gawang gol, roda impian, lukis dan teka disamping peraduan meneka jumlah bola kecil di dalam botol dan mencari 25 perkataan tersembunyi yang menawarkan hadiah berupa bola futsal, jersi dan kasut untuk permainan futsal.
Booth KBS yang berkonsepkan “ Gelanggang Futsal 1 Malaysia ” dikelola bersama Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Dasar dan Strategik serta dibantu Unit Komunikasi Korporat KBS. Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negara ( JBSN ), Negeri Perak bersama-sama pengarahnya turut membantu melayan pengunjung-pengunjung yang hadir untuk mencuba permainan yang disediakan mahu pun mendapatkan maklumat mengenai gelanggang futsal 1 Malaysia di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Seri Di Raja , Haji Muhyiddin Mohd. Yassin turut meluangkan kira-kira sepuluh minit di booth KBS bagi mencuba permainan “ firstball ” dan mendengar taklimat mengenai gelanggang Futsal 1 Malaysia yang disampaikan Pengarah JBSN negeri ini.
Booth KBS melalui sukan-sukan interaktif juga mempunyai matlamat untuk menggalakkan orang ramai agar menjadikan sukan sebagai sebahagian dari gaya hidup rakyat di negara ini disamping menyebarkan maklmuat mengenai gelanggang futsal 1 Malaysia yang rancak dibina di seluruh negara.
Untuk rekod, terdapat sebanyak 173 gelanggang futsal 1 Malaysia di negeri Perak dengan agihan sebanyak dua gelanggang bagi kawasan Kamunting, satu di Parlimen Bukit Gantang manakala sepuluh lagi di kawasan Parlimen Larut Matang dan Selama.
Program JJD ini turut mencatatkan jumlah kehadiran yang paling ramai dengan seramai 70,000 dari seluruh negeri ini dan negeri-negeri berjiran mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk menyaksikan program ini secara dekat. Cuaca mendung akibat jerebu tidak menghalang program ini berlangsung dengan jayanya apabila lebih 2,000 memulakan program pagi itu dengan aktiviti senamrobik.
Selepas Perak, program ini akan ke selatan untuk bertemu rakyat dalam penjelajahan Janji Di Tepati ke Melaka pada 23 Jun diikuti Likas, Sabah sebelum berakhir di Shah Alam, Selangor awal Julai nanti.
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0