
10,000 PESERTA TM FAN RUN BAKAR SEMANGAT ATLET KE OLIMPIK LONDON 2012
Disediakan oleh : Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KUALA LUMPUR, 17 Jun 2012 – Bahang kehangatan temasya Olimpik 2012 di London semakin terasa apabila seramai 10,000 Team Malaysia ( TM ) menyertai larian TM Fan Ran di Dataran Merdeka, di sini hari ini sebagai tanda sokongan kepada 28 orang atlet negara yang berjaya melayakkan diri bertanding dalam sukan berprestij itu bermula 27 Julai hingga 20 Ogos ini.
Larian anjuran Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terbahagi kepada dua kategori mengikut jarak larian iaitu tiga dan tujuh kilometer.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim hadir melepaskan peserta larian dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik, Tun Dr. Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah MSN, Dato’ Seri Zolkples Embong.

Dato’ Razali melahirkan rasa bangga beliau atas semangat dan sokongan padu yang diberikan oleh peserta larian sebagai tanda sokongan kepada atlit-atlit negara untuk merealisasikan harapan negara untuk membawa pingat emnas pertama dalam sidang media yang diadakan sejurus tamat larian.
Tambah beliau lagi, usaha TM ini merupakan satu gelombang dan permulaan terhadap budaya baharu iaitu memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan dan atlet kebangsaan dalam apa jua pertandingan sama ada menang atau kalah dan pada masa yang sama memastikan semangat kesukanan tidak terhenti separuh jalan.
Manakala Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa turut menyatakan rasa gembira dan bangga melihat himpunan ramai warga Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang mengambil bahagian dalam larian ini dengan menyarung jersi Panthera walaupun tanpa pulangan sebarang hadiah mahupun ganjaran yang dijanjikan olehnya.
Acara larian ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas atlet Malaysia daripada sukan bola sepak iaitu Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Minhat, atlet berbasikal, Yahya Ahmad, atlet sukan olahraga, Dato’ M. Rajamani dan ramai lagi.
(Sumber Foto: Safrizal Azmi, KOSMO)
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0