
SRI LANKA, PELARIAN DI BUMI SENDIRI
Disediakan oleh : Mohd. Lutfi Hafifi bin Japili (Bahagian Pembangunan Rakan Muda)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Sri Lanka, negara yang sangat unik dengan kepelbagaian sosioekonomi dan keramahan penduduknya, pasti menjanjikan pengalaman yang berbeza bagi sesiapa sahaja yang melawatnya. Projek pembangunan komuniti pelarian di Sri Lanka anjuran Malaysian Youth Volunteers (MyCorps) dengan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA) ini merupakan projek misi kemanusiaan yang mengkhususkan untuk membantu masyarakat pelarian yang terjejas akibat perang dan konflik di Sri Lanka.
Di Puttalam dan Vavuniya, dua sukarelawan MyCorps iaitu Rafidah Mashudi dan Halim Md Isa bekerjasama dengan People Vision dan juga Sri Lanka Islamic Relief Organization. Mereka berpeluang menjejaki beberapa perkampungan pelarian di pedalaman Puttalam, menemui ketua kampung dan juga pertubuhan wanita di kampung tersebut. Kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai buruh, petani dan tukang kayu, dengan pendapatan bulanan serendah 3000 rupee sahaja.
Mereka mengajar bahasa inggeris dan matematik di beberapa buah sekolah dan juga pra-sekolah di Karambe Palavi, Puttalam. Sumbangan berbentuk buku dan alat tulis diberikan. Pengajaran kesihatan turut diberikan, memandangkan aspek kebersihan dan kesihatan kurang dititikberatkan oleh mereka. Di Palidabath, terdapat sebuah masjid yang baru dibina hasil sumbangan oleh seorang dermawan dari Arab Saudi dan mereka sempat mengajar anak-anak kecil di sini mengaji beserta beberapa aktiviti lain.
Di Galle, mereka berdua bekerjasama dengan Volunteer Sri Lanka untuk beberapa program. Galle merupakan salah satu pekan yang terjejas teruk sewaktu bencana tsunami pada tahun 2004. Mereka membantu pekerja pusat kebajikan memandikan, menukar lampin, menyuap susu dan makanan, serta melayan kerenah bayi-bayi ini ketika bermain.
MyCorps dan MRA akan meneruskan lagi perjuangan di Sri Lanka pada penghujung tahun nanti dengan mengadakan projek fasa kedua dalam membangunkan komuniti pelarian yang berada di sana, terutamanya dari aspek pendidikan, bekalan air bersih, pembinaan tandas dan juga sokongan pemberian baja untuk sektor pertanian.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0