PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA-POLAND

Selasa, 19 Jun 2012 13:59 UKK
Cetak PDF

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA-POLAND

Disediakan oleh : zaid izlan Ibrahim hakimi (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2012 – Bahang UERO 2012 makin dirasai dan peluang ini diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan  (KBS) untuk merapatkan perhubungan di antara Malaysia dan Poland iaitu tuan rumah yang menganjurkan EURO 2012 pada tahun ini. Poland menjadi wakil negara benua eropah untuk Malaysia membina satu platform yang kukuh dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di masa hadapan.

 

Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan yang diwakili oleh duta-duta Eropah dan dari negara Poland itu sendiri menentang wakil dari Kementerian Belia dan Sukan yang berlangsung di padang B Majlis Sukan Negara petang tadi. Pasukan Poland diketuai oleh Mr. Adam manakala pasukan KBS diketuai oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan serta dikuatkan lagi bersama Dato’ Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

 

Perlawanan persahabatan ini diharapkan dapat mencetuskan platform perhubungan antarabangsa yang baik di antara Malaysia dengan negara  Eropah. Disamping mengambil negara Poland sebagai  negara penganjur EURO 2012, Malaysia dapat mempelajari sedikit sebanyak bagaimana sebuah negara eropah yang kecil dapat menganjurkan dan menjadi tuan rumah kepada acara berprestij yang bertaraf dunia dan ini mungkin dapat dipraktikkan oleh kita sendiri dalam penganjuran majlis dan acara bertaraf antarabangsa.

 

Dato’ Shabery dalam ucapannya menyampaikan kata penghargaan dan ucapan terima kasih dalam usaha kerjasama dua pihak di antara Malaysia-Poland yang dapat mendatangkan banyak kebaikan serta manfaat bagi kedua-dua belah pihak. Perlawanan berlangsung dengan begitu sengit yang berakhir dengan kemenangan jaringan 4-1 berpihak kepada Poland yang hanya dijaringkan pada masa kedua. Dato’ Shabery menyarungkan jersi bernombor sembilan manakala Dato’ Razali menyarungkan jersi bernombor 34.

 

Disunting oleh : En. Razali Hj. Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm