GERBANG KERJAYA IKBN KINARUT
Disediakan oleh : Mohd Yasser b Ayob, IKBN Kinarut
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
18 JUN 2012, SIPITANG : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut julung-julung kalinya menempa sejarah apabila menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Sabah Forest Industries (SFI), iaitu sebuah kilang memproses kertas terbesar di Sabah.
Majlis yang diadakan di SFI ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Kinarut, Encik Rosdi Bin Sokri bersama dengan Encik Yong Kuk Ten, Ketua Jurutera Bahagian Penyelenggaraan, SFI dengan disaksikan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Haji Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran (BPK), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan di bawah Program Gerbang Kerjaya IKBN Kinarut adalah taklimat latihan kemahiran yang diberikan kepada guru-guru kaunseling dari sekolah menengah dan wakil Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di sekitar kawasan Papar pada 16 Jun 2012 yang lalu. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan mengenai latihan dan bidang kemahiran yang ditawarkan oleh IKBN Kinarut. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri taklimat tersebut.
Perasmian pelancaran Program Gerbang Kerjaya IKBN Kinarut ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Kinarut, Encik Rosdi Bin Sokri yang dihadiri oleh tetamu jemputan dari IKBN SeMalaysia, 350 pelatih IKBN Kinarut dan wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta di Sabah. Antara acara yang diadakan pada hari tersebut adalah pameran kerjaya dan sesi temuduga terbuka kepada belia terutama pelatih lepasan IKBN Kinarut.
Turut hadir YB Haji Ahmad Haji Bujang, Adun N28 Sindumin Sipitang dan Encik Ajay Gupta, Naib Presiden (Operasi) SFI. Majlis ini adalah sebahagian daripada Program Gerbang Kerjaya IKBN Kinarut yang diadakan selama 3 hari bermula pada 16 Jun 2012 hingga 18 Jun 2012.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0