GENERASI BELIA MUDA SERTAI LATIHAN ASAS SKUAD MUDA RELA PERINGKAT NEGERI SARAWAK (SIRI 3)

Selasa, 19 Jun 2012 15:51 Rakan Muda
Cetak PDF

GENERASI BELIA MUDA SERTAI LATIHAN ASAS SKUAD MUDA RELA PERINGKAT NEGERI SARAWAK (SIRI 3)

 

Disediakan oleh : Mahadir Darahi (Bahagian Pembangunan Rakan Muda)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


15 JUN 2012, BINTULU -   Majlis Perasmian Penutup Program Latihan Asas Skuad Muda Rela Peringkat Negeri Sarawak (Siri 3) telah disempurnakan oleh Y.Brs. Tuan Hj. Razali bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah RELA Negeri Sarawak dan Pengarah Institut Kemahiran Mara Bintulu.



Program Latihan Asas Skuad Muda Rela adalah program kerjasama antara KBS melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Kementerian Dalam Negeri melalui Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Program kerjasama ini adalah usaha kerajaan untuk menarik minat golongan muda menyertai Skuad Muda RELA dan memupuk minat belia untuk memberi khidmat sukarelawan kepada masyarakat.



Seramai 85 orang belia muda telah menyertai Latihan Asas Skuad Muda Rela Peringkat Negeri Sarawak (Siri 3) yang diadakan pada 11hb hingga 15hb Jun 2012, bertempat di Institut Kemahiran MARA, Bintulu dan Pusat Latihan Menembak Lambir, Miri.


Menurut Saudara Mohd Faizlani bin Dormain,23  yang merupakan Peserta Lelaki Terbaik, ”Latihan ini banyak memberi pengalaman manis serta melatih peserta untuk lebih berdisiplin dan menanam semangat berpasukan. Program yang paling menarik sekali ialah sesi latihan menembak kerana ia merupakan peluang keemasan untuk mencuba bakat dalam aktiviti menembak”. Beliau bekerja sebagai Polis Bantuan mengakui memang berminat dalam bidang kesukarelaan dan khidmat masyarakat.


Manakala Saudari Siti Ila binti Mohamad,22  pula merupakan Peserta Wanita Terbaik. Beliau juga bekerja sebagai Polis Bantuan di Bintulu mengakui sangat teruja untuk mengikuti latihan ini terutamanya berpeluang untuk mencuba aktiviti menembak. Beliau dipilih sebagai peserta wanita terbaik berdasarkan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi serta berkemahiran dalam aktiviti kawad.



Semantara itu, Y.Bhg. Tuan Hj. Razali bin Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak berkata, beliau sangat tertarik dengan semangat kesukarelaan yang ditunjukkan oleh para peserta dan uniform RELA yang dipakai oleh peserta melambangkan keyakinan dan disiplin yang baik serta perlu diteruskan selepas tamat menjalani latihan ini nanti. Beliau juga meminta supaya KBS meneruskan program seperti ini di Negeri Sarawak pada masa akan datang. Sebelum ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah selesai melaksanakan dua (2) siri Latihan Asas Skuad Muda Rela di Sarikei dan Samarahan.



Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm