120 PEMEGANG TALI PINGGANG HITAM TAEKWONDO

Rabu, 20 Jun 2012 08:45 UKK
Cetak PDF

 

120 PEMEGANG TALI PINGGANG HITAM TAEKWONDO

Disediakan oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya  

 

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2012- Malaysia buat julung kalinya terpilih sebagai tuan rumah 24th Kukkiwon International Taekwondo Instuctions Training Seminar And Hanmadang Referee Course yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras mulai 18 hingga 22 Jun 2012.

 

          Objektif program ini diadakan bagi mentauliahkan Jurulatih Taekwondo Malaysia untuk Sijil Jurulatih Antarabangsa dan Kursus Pengadil Hanmadang.

 

          Ia juga bertujuan untuk menyediakan latihan di bawah Senior Grandmaster dari  Pusat Taekwondo Dunia, Seoul, Korea.

 

          Program ini merupakan anjuran bersama Pusat Taekwondo Profesional, Kuala Lumpur; Liga Masters Taekwondo Malaysia, Akademi  Taekwondo Dunia dan Pusat Belia Antarabangsa.

 

          Sepanjang lima hari penganjuran  program diisi dengan aktiviti berbentuk teori dan praktikal tentang teknik-teknik dan kemahiran taekwondo yang terkini, dibimbing oleh Senior Grandmasters daripada Korea.

 

          Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu,

 

         Dalam ucapan, beliau menyentuh tentang kepentingan  taekwondo sebagai salah satu cabang seni mempertahankan diri bagi melahirkan masyarakat yang cergas  bersesuaian dengan konsep Malaysia Cergas yang dipromosikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

         Seramai 130 orang jurulatih tempatan mengambil bahagian dalam  program ini. Di Malaysia  terdapat seramai 120 pemegang tali pingang hitam yang merupakan kelas tertinggi dalam seni mempertahan diri  jenama  taekwondo.

 

         Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Pengarah, Pusat Belia Antarabangsa; Dato’ Raja Roslan Raja Samah, Presiden Akademi Taekwondo Dunia; Oh Hyun Deuk dan Presiden Pusat Taekwondo  Profesional Kuala Lumpur, Tony Wong, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan  serta IYC.

 

Disunting oleh : Haji Sulaiman Bin Abd. Manan (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm