
SAMBUTAN HARI BELIA NEGERI SARAWAK 2012
Disediakan oleh : Nik Zuriani Nik Mohamad Mokhtar, JBS Sarawak
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
MIRI , 16 JUN 2012— Sambutan Hari Belia Negeri 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas bertempat di Stadium Tertutup Miri. Perhimpunan selama dua hari tersebut merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Pejabat Residen Bahagian Miri.
Antara pengisian semasa perhimpunan tersebut adalah Persembahan Koir Belia Sarawak, Persembahan Kesenian, Bacaan Ikrar oleh Ikon Belia serta Penyampaian Anugerah Belia Negeri Sarawak 2012.
Untuk makluman, sebanyak enam kategori anugerah telah disampaikan oleh Y.B Tan Sri William Mawan Ikom. Antara penerima tersebut adalah pemain skuasy Negara; Azlan Iskandar (Anugerah Belia Sukan) yang juga mengetuai bacaan ikrar pada perhimpunan tersesbut, Jerry Kamit (Anugerah Belia Kesenian), Nabilah Ahmad Syarif (Anugerah Belia Istimewa), Chieng Jin Ek (Anugerah Belia Sukarelawan), Ir. Hj. Ismawi Muhammad (Anugerah Belia Usahawan) dan Young Malaysia Movement memenangi Anugerah Perdana Pertubuhan Belia). Penerima masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM 1,000– RM 3,000 beserta sijil dan pingat.
Selain penyampaian anugerah, terdapat juga acara sampingan semasa perhimpunan diadakan di sekitar kawasan Stadium Tertutup dan Perkampungan Sukan Miri antaranya adalah Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri, Karnival Kecergasan, Gymkhana, Sirkit Sukan Ekstrem, dan Mr. Gym.
Sebanyak 30 buah khemah (booth) turut disediakan bagi pameran kerjaya, pendidikan, ekspo, peluang pekerjaan SCORE oleh agensi kerajaan seraja badan berkanun kerajaan. Untuk makluman ambutan ini telah disempurnakan oleh Y.B Tan Sri William Mawan Ikom, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak yang juga hadir bagi mewakili Ketua Menteri Sarawak. Dianggarkan tetamu serta peserta seramai 3,000 orang ini telah memeriahkan sambutan tersebut.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0