
MSYC 2012 BERJAYA MEWUJUDKAN KERJASAMA DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN SINGAPURA
Oleh : Nik Fitra Wan Jaffa ( Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA , 25 Jun 2012 : Seramai 80 orang belia terdiri daripada belia-belia Malaysia dan Singapura berkampung selama tujuh hari di Kampung Bukit Jering, Jeli Kelantan, dan Taman Wetland Paya Indah, Dengkil, Selangor sempena Program 17 th Malaysia – Singapore Youth Camp ( MSYC ) 2012.
Program MYSC pada dasarnya dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Majlis Belia Kebangsaan Singapura yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara melalui penglibatan belia. Selain itu, program ini untuk menghargai dan memahami etika, budaya serta cara hidup kedua-dua negara.
Program tahunan ini mula dianjurkan pada tahun 1991 atas inisiatif bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong semasa lawatan beliau ke Malaysia tidak lama lalu. Tahun ini giliran Malaysia diplih menjadi tuan rumah bagi program tahunan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti fizikal pendakian Gunung Stong dan sukaneka, perbincangan kumpulan, persembahan kebudayaan kedua-dua negara, kunjungan hormat, program homestay, lawatan serta interaksi dengan belia-belia tempatan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu bertempat Palm Garden Hotel Putrajaya. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Pengarah Majlis Belia Kebangsaan Singapura.
Dalam ucapan perasmian penutup, beliau mencadangkan kepada pihak penganjur agar membawa peserta kontinjen Malaysia yang sama tahun ini pada perhimpunan tahun hadapan di Singapura supaya semua peserta dalam merasai budaya dan cara hidup rakyat Singapura pula.
Rata-rata peserta teruja dan berterima kasih atas cadangan Senator Tuan Gan Ping Sieu. Penganjuran kali ini dilihat berjaya kerana peserta begitu komited dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Petanda positif ini merupakan bukti bahawa belia-belia kedua-dua negara masih lagi memiliki semangat saudara serumpun yang perlu dikekalkan demi memastikan pembangunan belia kedua-dua negara agar bergerak seiring dengan peredaran masa.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0