
DERUMAN ENJIN MOTOSIKAL MERIAHKAN MALAM PENUTUP 2WHEELS PALOOZA 2012
Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
BUKIT JALIL, 1 JULAI 2012 : Deruman enjin motosikal menggegarkan sekitar perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sempena program ‘2Wheels Palooza 2012’ atau Karnival Motosikal. Karnival yang diadakan selama 2 hari itu padat dengan aktiviti yang menarik dan menghiburkan.
Karnival yang menutup tirainya malam tadi, diserikan dengan kehadiran YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan sebagai sokongan beliau kepada aktiviti ini. Beliau menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada para pemenang dan kemudian melakukan lawatan singkat ke booth pameran.
Lebih 15 acara diadakan sepanjang 2 hari berlangsung dan antara aktivitinya ialah Pertandingan Motorshow, Pertandingan Skill Stunt Riding & Skill Slow Riding, Pertandingan Battle Of Indie-Bands, Pertandingan Graffity dan juga terlibat pameran agensi-agensi Kerajaan. Selain mendapat penyertaan daripada kelab-kelab belia permotoran tanah air, kelab-kelab permotoran dari negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia turut sama menyertai karnival ini.
Karnival hasil cetusan idea oleh YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan merupakan acara perhimpunan tahunan yang terbesar menggabungkan aktiviti sukan permotoran, perhimpunan kelab-kelab permotoran, pertandingan autoshaow motosikal, pertandingan sukan ekstrem dan sebagainya. Perhimpunan ini juga dilihat sebagai platform bagi mengumpul dan menyatukan semua golongan belia bermotor yang berkongsi minat yang sama sehingga ke peringkat akar umbi.
Rata-rata pengunjung yang hadir memberikan respon yang positif cuma melahirkan rasa kebimbangan sekiranya apa yang diperolehi sepanjang karnival ini dipraktikkan di jalan raya awam yang mungkin mengundang tanda tanya sejauh mana keberkesanan karnival ini.
Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid bin Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Jamil bin Salleh dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0