
KBS JADI PENGGERAK INDUSTRI SUKAN NEGARA
Zaid Izlan Ibrahim Hakimi (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 2 Julai 2012 – Mengimbau kembali Julai tahun 2010, apabila Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) bagi mengubah Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Dalam usaha untuk mencapai aspirasi MEB, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil daya usaha untuk menjadikan sukan sebagai satu sumber pertumbuhan ekonomi baharu negara dan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2015.
Sejajar dengan usaha ini, KBS telah menganjurkan dialog bersama stakeholders industri sukan meliputi pelbagai pihak berkaitan sukan seperti pengeluar, pengedar, pengimport, pengeksport, pembekal, pengusaha kemudahan sukan, penganjur acara sukan, persatuan sukan, media, akademi sukan, kelab sukan dan sebagainya.
Dialog ini bertujuan mendapatkan pandangan, keperluan dan kehendak pihak industri bagi penyediaan Bajet 2013 khususnya dalam aspek pembangunan industri sukan secara menyeluruh di Malaysia termasuk dalam penyediaan Pelan Perancangan Strategik Industri Sukan Negara.
Sesi dialog ini dipengerusikan.,Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Shou yang turut dihadiri pegawai-pegawai kanan KBS.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0