KBS BERPOTENSI CAPAI TARAF LIMA BINTANG

Rabu, 04 Julai 2012 08:37 UKK
Cetak PDF

 

KBS BERPOTENSI CAPAI  TARAF LIMA BINTANG

Oleh : Razali Haji Mohamed yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


PUTRAJAYA, 28 JUN 2012 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempunyai potensi untuk mencapai taraf lima bintang mengikut penilaian MAMPU dengan menjadikan beberapa aktiviti kementerian itu sebagai satu inovasi yang menjadi pendekatan baharu untuk mendekatkan kumpulan sasar dengan kementerian ini.

 

Program-program baharu seperti Sambutan Hari Belia Negara (HBN), Parlimen Belia, MyCorps, I-Volunteer, VyRec, Gimnasium 1 Malaysia, Gelanggang Futsal 1 Malaysia serta beberapa inisiatif lain dilihat sebagai satu kelebihan pada KBS untuk dipertimbangkan dalam penilaian itu nanti.

 

Penggunaan sistem ROSA oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Pendaftaran serta Penyemakan Secara Online (e- ROY) oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia juga sebagai satu penemuan serta inovasi yang boleh meningkatkan sistem penyampaian kementerian ini.

 

“KBS mempunyai banyak inisitaif serta projek inovasi baharu yang perlu diketengahkan kerana selain memperkenalkan produk kementerian ini, ia juga boleh mempermudahkan sistem penyampaian di samping mendekatkan golongan sasar dan pelanggan dengan setiap perkhidmatan yang diberikan. Kaedah-kaedah ini memperlihatkan semua aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk mesra pelanggan dan amat intim dengan kumpulan sasar,”  ujar ketua dari sembilan ahli kumpulan dari MAMPU ini sebagai rumusan yang disampaikan pada akhir sesi pengauditan dan penyemakan MAMPU ke atas KBS sejak 25 Jun lalu.

 

Pada sessi pembentangan penemuan pengauditan dan peneyemakan yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed dan kedua-dua timbalanya berjalan dalam suasana harmoni dan KBS menerima semua teguran dan cadangan penambah baikan dengan positif kerana ia boleh menjadikan KBS sebagai sebuah kementerian yang terbaik.

 

“Pada petang ni, semua perkara cemerlang tidak akan dibentang tetapi pihak kami hanya memfokuskan kepada usaha penambahbaikan kepada usaha-usaha yang dijalankan hari ini,” ujarnya.

 

KBS juga perlu mencari satu kaedah untuk terus mempromosi setiap inovasi yang dihasilkan supaya ianya boleh dijadikan penanda aras bagi lain-lain kementerian dalam usaha untuk melakukan sesuatu program yang sama atau seumpamanya.

 

 

 

 

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm