Majlis Penyerahan Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kg. Meruntum, Putatan

Khamis, 05 Julai 2012 09:04 Jab. Belia dan Sukan Negara
Cetak PDF

 

 

Majlis Penyerahan Gelanggang Futsal 1 Malaysia Kg. Meruntum,  Putatan

Disediakan Oleh : Jafrin Nordin
( Jabatan Belia dan Sukan Negeri (P) Negeri Sabah )

jafrin Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya


Putatan, 30 Jun 2012 - Penyerahan Gelanggang Futsal 1Malaysia di kg Meruntum telah dilaksanakan baru-baru ini yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa & Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Jamil Bin Salleh.

 

Gelanggang  yang dibina ini antara tujuannya adalah untuk menarik minat belia dalam aktiviti sukan khususnya sukan Futsal. Selain itu, melalui pembinaan gelanggang tersebut diharapkan dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan futsal pada masa akan datang.

 

Turut hadir ialah En. Noorman bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah, Haji Idris Haji Mohd Thaufeck, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat, Wakil Perunding Bina Daya Sdn. Bhd En. Steve Sulis, Pemuda Umno Bahagian Putatan, Pengerusi JKKK Kg. Meruntum Putatan, Ketua Kampung Kg. Meruntum Putatan serta penduduk kampung yang berdekatan.

 

Disunting: Muhammad Ariff Mat Jusoh ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm