16 AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA PELANCARAN 1M4U

Rabu, 11 Julai 2012 11:44 UKK
Cetak PDF

 

 

16 AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA PELANCARAN 1M4U

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 


PUTRAJAYA, 10 JULAI 2012 – Sebanyak 16 aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini bertempat di Esplanade KLCC.

 

Aktiviti yang membabitkan kira-kira 500 peserta termasuk sukarelawan dari pelbagai Kementerian, Agensi serta pertubuhan sukarela di samping penyertaan dari penduduk setempat seperti aktiviti gotong royong perdana,   menderma darah, pemeriksaan kesihatan, membersihkan sungai, menanam pokok, membina jambatan, bersama anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga usia emas, kitar semula dan [program amal di perkampungan Orang Asli di daerah Gombak.

 

Menurut sumber, sebanyak 16 lokasi terpilih untuk diadakan program-program ini dengan menjangkakan kira-kira 500 peserta bagi setiap lokasi termasuk penyertaan dari pendududk setempat.

 

Beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ( KPWM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta disokong beberapa syarikat swasta untuk melaksanakan aktiviti masing-masing nengikut kecenderungan dan plihan mereka.

 

Selain itu, aktiviti ini adalah sebahagian dari usaha menyemarakkan gelombang kesukarelawanan di negara ini yang dikatakan kurang aktif sejak akhir-akhir. Melalui cara ini, setiap invidu dapat mengambi bahagian disamping memantapkan perpaduan.

 

Orang ramai juga dipelawa untuk menderma darah yang disediakan di Explande KLCC  bermula dari pagi 15 Julai untuk mengisi keperluan di Pusat Darah Negara.

 

Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm