
MYCORPS BERGERAK SEIRING 1M4U
Oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2012 – Mycorps yang berteraskan kerja-kerja kesukarelaan dan kemanusiaan bergerak secara aktif di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) dan sering terlibat dengan kerja-kerja kesukarelawan yang tidak tertakluk hanya dalam negara malah juga di luar negara.
Mycorps bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan dikalangan belia melalui pengalaman mereka serta menggunakan inisiatif sendiri dalam mengumpul dana untuk melaksanakan tugas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Inisiatif ini akan melahirkan seramai 60 orang pemimpin sukarelawan dari kalangan golongan belia yang benar-benar berkualiti dan memiliki nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi dalam tempoh setahun.
Menurut Presiden Mycorps, Mohd. Asraff Abdul Rahman, sukarelawan yang sebenar adalah dengan menyumbang tanpa mengharapkan sebarang pulangan atau balasan dan melakukan apa yang diminati disamping menyumbang kepada masyarakat.
Program MyCorps ini mempunyai beberapa objektif seperti memberi fokus kepada program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan mewujudkan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi. Ia juga menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan belia melalui pengalaman mereka serta menggunakan inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas kesukarelaan di peringkat tempatan dan antarabangsa serta memupuk kesedaran dalam diri belia tentang isu-isu tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan keamanan, peperangan, konflik, perpaduan, pendidikan, bencana kesihatan, kelaparan dan sebagainya.
Beliau yang menjadi tetamu rancgan terbitan Traxx FM di Wisma Radio, Angkasapuri dekat sini hari ini yakin bahawa Mycorps akan berkembang dan menjadi satu gerakan kesukarelaan yang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pertubuhan-pertubuhan sukarela lain speerti Mercy, Malaysia Releif Agency (MRA), Salam dan banyak lagi. Ia juga menjadi medan untuk melahirkan generasi pemimpin sukarela yang berkualiti dan berdaya saing serta mampu berdikari untuk membantu orang lain.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0