KBS DEKATI BELIA MELALUI 3 KONSEP ASAS

Jumaat, 13 Julai 2012 08:55 UKK
Cetak PDF

 

KBS DEKATI BELIA MELALUI 3 KONSEP ASAS

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Putrajaya, 13 Julai 2012  - Kementerian Belia dan Sukan mempunyai beberapa aspek penting bagi mematuhi 3 konsep asas dalam mendekati belia. Melalui program Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB) baru-baru ini, konsep mendekati (engagement), Kementerian telah berjaya mendekati golongan belia dengan landskap yang lebih besar melalui penglibatan (participation) dan pemerkasaan (empowerment).

 

Menterinya, dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, kayu pengukur kejayaan Himpunan Jutaan Belia 2012 ditentukan menerusi kehadiran belia dan pengunjung yang melangkaui 2.4 juta orang berbanding 2 juta yang disasarkan. Selain itu, penganjuran HJB 2012 pada umumnya telah memberi impak positif kepada ekonomi negara yang diperoleh menerusi perbelanjaan pengunjung, sektor awam dan swasta.

 

“ Daripada keseluruhan perbelanjaan tersebut yang berjumlah RM214.1 juta telah menjana nilai output keseluruhan ekonomi sebanyak RM388 juta. Nilai ini telah menyumbang kepada nilai tambah (value added) ekonomi sebanyak RM212.1 juta atau 0.024% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semasa tahun 2011,” katanya.

 

“ Kejayaan dari segi impak sosial pula dapat dilihat dari segi penglibatan sukarelawan, kepenggunaan, pembangunan belia dan pembangunan kerjaya. Dianggarkan lebih daripada 4,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan dalam segmen Gerbang Kerjaya dan lebih dari 2,000 tawaran kerja telah ditawarkan. Program ini juga telah membuka mata masyarakat dunia dengan kehadiran peserta-peserta dari luar negara dan diplomat asing menunjukkan dan melihat sendiri bahawa belia negara yang kreatif, inovatif, tidak kasar dan boleh berhimpun secara aman untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing,” tambahnya bagi menjawab soalan lisan Dewan Negara yang dikemukakan Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar dan Senator Dato’ Nalla K.S pada  Mesyuarat Kedua Penggal Kelima, Parlimen ke 12 baru-baru ini.

 

Dato’ Sri Ahmad Shabery juga menegaskan bahawa dari segi peruntukkan, secara keseluruhannya Kementerian telah membelanjakan sebanyak RM28 juta untuk menganjurkan program Himpunan Jutaan Belia 2012 dengan lebih 530 acara dan aktiviti berdasarkan kepada 38 segmen telah dianjurkan. Segmen-segmen tersebut merangkumi keseluruhan aspek pembangunan belia seperti Segmen Modal Insan, Segmen Beruniform, Segmen Gerbang Kerjaya, Segmen G2Y (Government To Youth), Segmen Education Fair/Youth Entrepreneur dan pelbagai lagi.

 

“ Kos tersebut adalah berpatutan bagi penganjuran yang boleh dikira di antara perhimpunan belia yang terbesar di dunia. Sebanyak RM4 juta daripadanya adalah pelaburan Kementerian bagi membantu gerakan sukarelawan belia seramai 20,000 orang yang terlibat, sekali gus merupakan sebahagian daripada pendidikan dan pembangunan belia itu sendiri. Sebahagian besar kos penganjuran tersebut merupakan sumbangan daripada pihak swasta/penaja sama ada dalam bentuk barangan (in kind), tunai (cash) dan program yang dianjurkan,” ujarnya yang juga menjawab soalan daripada Senator Datuk Chin Sui Phin, Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus, Senator Haji Ahmad @ Ahamad Yusop dan Senator Hajah Rohani Abdullah pada sidang  yang sama.

 

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan platform  dan

" trademark " kepada generasi muda bagi mempamerkan potensi diri dan mengetengahkan bakat kreatif dalam bidang dan minat masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi. Himpunan ini juga menjadi medan kepada generasi muda untuk mengekspresikan perasaan masing-masing dan pada masa yang sama mengisi masa terluang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

 

“ Sebagai langkah susulan ke atas kejayaan penganjuran HBN 2012, bermula tahun hadapan, Kementerian akan menjenamakan semula program Himpunan Jutaan Belia kepada program yang dinamakan sebagai “ Putrajaya Youth Festival ”. Program ini akan diberikan pendekatan yang baharu serta dinamik bagi menarik penglibatan golongan belia Negara dengan landskap yang lebih meluas. Selain itu, kita yakin bahawa festival ini mampu memberi satu benchmark baru dalam memperkasakan golongan belia Negara di mata masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa,” menurutnya lagi.

 

 

Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm