RM 100 JUTA UNTUK MANTAPKAN AKTIVITI KESUKARELAWAN

Selasa, 17 Julai 2012 09:23 UKK
Cetak PDF

RM 100 JUTA UNTUK MANTAPKAN AKTIVITI KESUKARELAWAN

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2012 – Kerajaan memperuntukkan RM100 juta di bawah Dana Sukarelawan 1 Malaysia (DRe1M) bagi mengangkat martabat negara melalui gerakan massa  kegiatan kesukarelawan di negara ini.

            Dana yang dilletakan di bawah 1 Malaysia For Youth (1M4U) ini juga bagi menarik minat golongan muda untuk terus menyumbang kepada negara dan masyarakat berdasarkan minat dan kecenderungan mereka  melalui program gotong-royong, sukan atau tuisyen.

            Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Haji Tun Abd. Razak berkata, belia yang berminat boleh memohon secara online kepada jawatankuasa Petugas yang mengendalikan DRe1M ini. Beliau juga mengumumkan untuk mempengerusikan Lembaga Pemegang Amanah 1M4U.

            Beliau yang berucap ketika merasmikan Pelancaran Program 1M4U di Taman Esplanade Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini hari juga berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional akan terus menyokong dan memperkasa belia negara ini.

            Selain itu, Dato’ Sri Mohd Najib juga mengumumkan penubuhan stesyen radio 1M4U serta tahun 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara yang bertujuan untuk menyuntik semangat untuk terus menyumbang kepada negara dan masyarakat dalam usaha mengangkat martabat gelombang kesukarelaan di negara ini.

            Katanya, penubuhan stesyen radio itu, selain untuk mengetengahkan bakat dan idea belia sambil menyokong konsep dan platform 1M4U.

            Gerakan 1M4U adalah gerakan gelombang besar-besaran belia yang membolehkan mereka tampil dengan tenaga, buah fikiran dan masa untuk memanfaatkan negara dan masyarakat.

            “Kerajaan mahu mendengar suara golongan itu yang disifatkannya penting untuk pembinaan sebuah negara bangsa. Kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin bahawa masa depan belia penuh dengan sinaran harapan dan gemilang kerana perjuangan kita hari ini meletakkan asas dan landasan kearah kejayaan demi kejayaan,” ujar beliau dengan disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 50 ribu sukarelawan yang  membanjiri Esplanade KLCC sejak awal pagi.

            Sementara itu, sebanyak 36 gerai pameran dibuka disamping persembahan oleh sukarelawan yang mewakili kementerian, jabatan atau pertubuhan  di taman Esplanade yang melibatkan penyertaan golongan muda.

            Pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri mengumumkan sebanyak 100,000 topi keledar yang direka khas akan diedarkan ke seluruh negara bagi menggalakkan golongan muda agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

 

Disunting oleh : Haji Sulaiman Bin Abdul Manan (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

  

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm