
KEMPEN KUTIPAN PAKAIAN TERPAKAI SEMPENA 1M4U
Oleh: Normala Daman (Bahagian Pembangunan Sukan, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
KAMPUNG PANDAN, 15 Julai 2012 : Aktiviti Kempen Kutipan Pakaian Terpakai yang merupakan antara 16 aktiviti yang dijalankan di sekitar Lembah Klang semalam sempena 1 Malaysia For Youth (1M4U). Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dihadiri seramai 250 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai agensi dan institusi.
Kerajaan sentiasa memberikan dokongan dan sokongan yang padu kepada kerja-kerja sukarela di negara ini. Aktiviti ini merupakan inisiatif sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memupuk semangat kesukarelaan dan kerjasama dikalangan belia pada masa kini bagi melahirkan individu yang mempunyai motivasi dan kepercayaan dalaman bagi menyempurnakan kepuasan diri untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan latarbelakang.
Konsep kesukarelaan dapat diperkukuhkan melalui aktivti kempen sebegini. Pada masa yang sama masyarakat diberi penjelasan tentang tingkah laku sukarelawan dalam organisasi mahupun komuniti setempat yang sebahagian merupakan budaya masyarakat seperti yang dicerminkan oleh peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.”
Kerajaan sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembangunan kesukarelaan melalui penyediaan perundangan, dasar dan program, yang menggalakkan penglibatan, pertubuhan sukarelawan dan juga pihak swasta untuk terus menyumbang kepada masyarakat.
Aktiviti Kempen Kutipan Pakaian Terpakai ini telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Dato’ Sri Ong Tee Keat, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Kampung Pandan.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim
Pada kempen ini mereka semua menunjukkan sokongan padu dan turut bersama-sama sukarelawan melipat dan mengasingkan pakaian-pakaian yang diterima untuk dikumpulkan sebelum diagihkan kepada pihak yang memerlukan.
Pelaksanaan aktiviti seperti ini seharusnya diteruskan bagi memberikan peluang kepada para sukarelawan untuk membina potensi diri, meningkatkan komonikasi interpersonal, meningkatkan motivasi intrinsik, semangat kerjasama, memberikan bantuan, berkongsi kemahiran dan ilmu pengetahuan dan membina keupayaan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik dalam menuju sebuah masyarakat yang lebih adil dan saksama.
Disunting oleh : Razali bin Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0