
SENAM CERGAS SIHAT MENJADI PENJALIN MYSIHAT DAN KBS
Oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA, 13 JULAI 2012 – “ Kesihatan pada masa kini sering diabai oleh majoriti rakyat Malaysia tidak mengira usia mahupun bangsa. Berbekalkan kerja harian yang kian meningkat, tahap kesihatan makin tidak diutamakan. Kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2011 melaporkan 15.2 % dewasa Malaysia menghidapi diabetis, 32. % menghidapi hipertensi dan 35.1 % menghidapi hypercholesterolemia,”.
Menyedari akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) memperkenalkan program baharu iaitu Senam Cergas Sihat. Antara tujuan program ini diperkenalkan adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. Juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan cara hidup cergas dan sihat manakala tujuan paling utama adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan slogan Mysihat dan Malaysia Cergas ke seluruh negara.
Sehubungan itu, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Belia dan Sukan dan Mysihat diadakan di Perdana Ballroom, Palm Garden, Putrajaya dekat sini hari ini.
Majlis MoU ini disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ), Dato’ Mohid bin Mohamed, Pengerusi Mysihat, Toh Puan Dato’ Seri Hajah Dr. Aishah Ong. KBS diwakili Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN ), Dato’ Borhan Dolah.
Penglibatan bersama secara aktif oleh semua pihak di dalam menjayakan program ini membuktikan sokongan dan komitmen kerajaan dan rakyat Malaysia dalam usaha membudayakan gaya hidup cergas, sihat dan bersatu dalam kehidupan seharian yang lebih bermakna.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0