
1M4U: SUKARELAWAN SUMBANG TENAGA DI ZOO NEGARA
Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
HULU KELANG, 15 Julai 2012 – Seramai 200 orang sukarelawan dari Universiti Pertahanan Malaysia dan Kolej Universiti ASEAN Metropolitan bergotong-royong membersihkan Zoo Negara sempena pelancaran program 1Malaysia For Youth (1M4U) anjuran bersama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Pelbagai aktiviti sukarela dijalankan oleh para sukarelawan terlibat seperti membantu kakitangan Zoo Negara membersihkan kawasan kurungan dan memberi makan kepada haiwan berkenaan. Selain di Zoo Negara, sebahagian sukarelawan turut membersihkan Sungai Kemensah yang terletak berdekatan dengan zoo tersebut.
“Program kesukarelaan sebegini membantu mendedahkan kepada para sukarelawan terlibat akan kepentingan menjaga alam sekitar, hidupan liar dalam usaha memlihara dan memulihara flora dan fauna,” ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin yang merasmikan program ini pada sebelah paginya.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KBS, Datuk Jamil Salleh, program kesukarelaan di Zoo Negara sangat menarik dan unik kerana berkonsepkan rekreasi bersama haiwan dan alam sekitar.
Beliau yang turut membantu menjalankan kerja-kerja sukarela bersama para sukarelawan terlibat, berharap program sebegini dapat memberi perangsang kepada sukarelawan untuk meneruskan kerja-kerja kesukarelaan dan pada masa yang sama dapat menjadi contoh bagi menarik belia-belia lain untuk turut serta.
Aktiviti kesukarelaan ini juga turut mendapat perhatian pemain squash kebangsaan, Azlan Iskandar dan artis AF5, Shawal untuk turut menyumbang bakti menjalankan kerja-kerja sukarela.
1M4U ditubuhkan oleh kerajaan untuk menggalakkan penglibatan golongan belia pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukarelaan dan menggabungkan semua badan sukarelawan di negara ini bagi menggalakkan dan merangsang minat golongan belia dalam pelbagai aktiviti kesukarelaan.
Disunting : Razali Haji Mohamed yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0