YAKEB CADANG KERAJAAN BERI ELAUN KHAS KEPADA AHLINYA

Jumaat, 20 Julai 2012 08:35 UKK
Cetak PDF

 

YAKEB CADANG KERAJAAN BERI ELAUN KHAS KEPADA AHLINYA

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

PUTRAJAYA, 17 JULAI 2012 – Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi mempertimbangkan pemberian elaun khas kepada anggotanya.sebagai penghargaan dan pengiktirafan kerajaan di atas jasa-jasa yang telah ditaburkan sebelum ini.

 

Demikian jelas pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan YAKEB 2010 dan 2011 di Seri Kembangan di Hotel Nouvelle di sini baru –baru ini.

 

YAKEB  akan membuat satu bajet khusus, seterusnya memohon kepada kerajaan agar mempertimbangkan pemberian elaun khas itu kepada ahli –ahlinya  yang terdiri daripada bekas atlet kebangsaan.


" Cadangan elaun khas seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M  itu adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara," katanya.

Datuk Jamil walau bagaimanapun berkata, cadangan itu belum diputuskan dan masih pada peringkat perbincangan, Katanya, isu ini terlah dibincangkan secara teliti sambil menjelaskan hampir 1,600 ahlinya yang berdaftar bakal menikmati pemberian elaun itu sekiranya ia diluluskan.


" Kita menerima pelbagai cadangan berhubung perkara ini, kebanyakan atlet kita telah berjaya mengukir nama di peringkat masing-masing  dan inilah masanya kita mengiktiraf sumbangan mereka yang telah mengharumkan nama negara.

"Selain memahat nama dalam dewan kemasyhuran dan mengurniakan darjah kebesaran, pemberian elaun juga perlu kerana ada antara mereka telah mengabdikan diri kepada sukan dan bukan semua mereka mempunyai kudrat mencari rezeki pada usia yang sudah mencecah 50 dan 60 tahun. Jadi, kita akan pertimbangkan secara serius perkara ini," katanya.

Mesyuarat berkenaan dihadiri lebih 350 bekas atlet negara, antaranya Tan Sri Abdul Ghani Minhat, Datuk M. Rajamani, Jalani Sidek, Rosman Alwi dan Datuk Marina Chin.

Pada majlis sama, YAKEB turut menyerahkan khairat kematian kepada keluarga dua anggotanya yang meninggal dunia baru-baru ini, iaitu Allahyarham Haron Ismail dan Allahyarham Datuk Khalid Din.

 

Allahyarham Haron adalah bekas petinju negara yang meraih pingat perak pada Sukan SEA 1989 dan di bawah skim insurans hayat berkelompok YAKEB, sumbangan berjumlah RM31,000 diberikan kepada isterinya, Zaharah Abdul Razak.

Keluarga Allahyarham Khalid, anggota skuad sepak takraw kebangsaan yang meraih emas Sukan SEA 1973 dan 1975 pula menerima sumbangan insurans berjumlah RM11,000. Mesyuarat agung berkenaan juga meraikan legenda bola sepak negara, Abul Ghani Minhat di  atas pengurniaan gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong baru-baru lalu.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm