IPPBM DIIKTIRAF ISO 9001:2008

Jumaat, 20 Julai 2012 10:15 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
Cetak PDF

 

IPPBM DIIKTIRAF ISO 9001:2008

Oleh: Mohd Nor Aimullah saleh (IPPBM)

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

12 JULAI 2012 (KHAMIS) - SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah mengesahkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti iaitu (MS ISO 9001:2008) pada 25 Mei 2012 yang lalu.

 

IPPBM diiktiraf oleh SIRIM sebagai sebuah agensi penyelidikan dalam bidang pembangunan belia, bantuan dan sokongan penyelidikan dan juga penyebaran maklumat dan penyelidikan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof telah menerima sijil pengiktirafan ISO ini dari YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan semasa Majlis Perhimpunan Mesra Bulan KBS bagi bulan Julai 2012 yang lalu.

 

Menurut Dr. Wasitah,  “Pengesahan kualiti berasaskan standard ISO yang diterima oleh IPPBM dari SIRIM bukan sahaja perlu dilihat oleh semua anggota IPPBM dari aspek pengiktirafan ke atas kualiti proses kerja 'core bussiness' IPPBM, tetapi juga cabaran ke atas kemampuan IPPBM untuk terus berusaha mengekalkan standard perkhidmatan dan sentiasa berusaha dan  membuat penambahbaikan untuk terus menjadi sebuah institusi penyelidikan yang ungul”, katanya.


Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

LAST_UPDATED2

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysia bph myideas epsa
sprkomuniti kitaksnprpm